Sunday, May 27, 2012

Wahai Hati


wahai hati bersabarlah dikau dengan ujian dan masalah yang datang. setiap ujian ada penghujungnya. setiap masalah ada penyelesaiannya. tetapi sebelum itu kuncinya adalah SABAR.


Allah memberi kita ujian kerana Dia sayangkan kita. kerana Dia ingat pada kita.


Masalah yang datang supaya kita lebih mengetahui bagaimana ingin berhadapan dengan dunia ini.


ujian dan masalah membuat kita lebih dewasa. membuat kita lebih kuat. membuat kita lebih mengingati Allah.


sabar kuncinya. sabar sebahagian dari iman. tidak rugi orang2 yang sabar.

Hati perlu kuat menghadapi ujian dan masalah supaya diri tidak terpesong kepada perkara negatif.

contoh. "aku stress lah dengan masalah aku ni. sebab 2 aku merokok"
ouch apakah ? so aku xde masalah la ? so aku xstress la ? tapi aku xmerokok.
byk cara lain boleh tangani masalah dan stress. kan ? =.=''
betul ke contoh aku bg ni ? layan jela. hahaha

yang penting. ujian dan masalah itu menentukan di tahap mana keimanan kita. semoga kita dilindungi oleh Allah :)

jika kita ditimpa ujian dan masalah, mintalah bantuan dari Allah. Allah sentiasa ada disisi kita :)


No comments: