Saturday, June 29, 2013

Latihan Industri

24jun2013 saya Azilah bte Othman telah melaporkan diri di Pioneer Technology(M) Sdn Bhd untuk menjalankan latihan industri. 



saya telah ditempatkan di production engineering department under electrical.


engineer kat department saya sangat cool ok. HAHA. 
untuk seminggu ni, xbanyak sangat keje yang saya dapat.
so sit like a boss. KAHKAH


baju yang saya pkai tu uniform pioneer. cantik kan ?HAHHAHA *cantik la sgt :P
sampai disini jela. saja je aku nak menaip kat blog ni. dah lama x update kan. haha :P

notakaki : kene keje rajin2 untuk bg anak2 makan. kahkahkah :D

senyum lebar lebar :)))


Saturday, June 15, 2013

DUGAAN

Dugaan itu datang sebab Allah sayang kat kita kan?
tersedar dari lena yang panjang.


sekarang ni aku tak boleh makan seafood. dr dulu tak boleh makan seafood. gatal2 kat kaki. tapi tak teruk pun. sedikit nikmat ditarik. lepastu mula pulak gatal2 kat tangan bila makan seafood. sedikit lagi nikmat ditarik. tapi aku tak peduli. masih lalai. lepastu makin lama makin teruk gatal2 tu smpai bengkak jari. sedikit lagi nikmat ditarik. lepastu, aku tak boleh makan ayam dan telur. lagi nikmat ditarik. dan sekarang aku perlu makan ubat allergic. ok. berkesan lepas seminggu makan. itu pun seminggu aku makan sayur je. jadi vegeterian la pulak kan. tapi mungkin aku masih lalai. dan sekarang bila aku stop makan ubat tangan aku kembali gatal2 walau aku xmakan bende2 yang aku allergic. tersedar. nikmat aku makin ditarik. mungkin telah lama aku lalai.
kadang2 kita amek mudah tentang perkara ni. ala allergic je kot. biasala. gatal2 je kot. perkara biasa.
tapi sedarkah kita satu nikmat telah ditarik?
Allah bagi susah kat kita sbb nak kita ingat kat Dia kan? mungkin sbb dia tarik nikmat kita sikit demi sikit sbb nak kita ingat kat Dia tapi kita ni alpa juga. tu yang bagi susah terus. tapi kita kene la fikir positif.
bersangka baik pada Allah.

semua dugaan yang datang tu ada hikmahnya
berdoa dan bersabar agar dipermudahkan segalanya
senyum lebar lebar :))


nota kaki : nikmat mata pun dah ditarik sbb aku rabuh 
redha :)

Friday, June 7, 2013

katakan TIDAK kepada PUTUS ASA!


Allah SWT menjadikan kegagalan dan pelbagai kesusahan lain sebagai ujian kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya Kami akan menguji dengan sedikit perasaan takut, kelaparan dan berlaku kekurangan harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah, ayat 155)


Firman Allah SWT: Wahai anakku, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusof, ayat 87)


jika kita punya masalah, jangan putus asa. berusaha selagi mampu. sesungguh Allah itu beri ujian sesuai dengan kesanggupan hambanya. berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan :) 


bersangka baik pada Allah
senyum lebar lebar 

Wednesday, June 5, 2013

Pengembaraan Mencari Tuhan

Dia hanyalah manusia biasa. Tiada apa yang istimewa. Dahulu dia seorang yang pendiam. Lama kelamaan dia belajar menjadi seorang yang periang. Dia mula senang dengan sifatnya yang periang. Dengan sifat itu, dia mudah mendapat kawan. Mungkin dia sudah bosan menjalani hidup seorang yang pendiam. Dia terlalu alpa dengan nikmat kehidupan ini sehingga dia lupa nikmat yang dia kecapi adalah pinjaman sementara oleh Allah. Dia lupa menjadi seorang pendiam itu lebih baik dari berkata2 tentang perkara yang tiada faedahnya.

Sehingga satu saat bila syaitan berjaya bertakhta di hati, dia lupa apa itu dosa dan apa itu pahala. Dia tahu akan hukum agama, tetapi dia tidak peduli. mungkin dosa sudah mula menebal di hati. bertahun-tahun dia hidup dalam dosa.

Solat. Tiang agama.
tetapi dia solat dalam keadaan tidak kusyuk. dia solat pada akhir waktu. lama kelamaan solat itu tinggal sejarah. kini dia tidak peduli lagi sama ada dia solat atau tidak.


Maksiat. pemusnah akhidah
Dia telah biasa membuat maksiat. maksiat itu seperti makanan hari2 untuknya. ye. jika tidak menjaga solat, maka akhidah pun musnah dan maksiat berleluasa.

Suatu hari, dia bermimpi. mimpi yang sangat mengerikan.
dia mula tersedar. imannya makin nipis. dia tersedar dari tidur lena yang panjang. dia sedar bertahun2 dia hidup dalam dosa. entah bagaimana dan mengapa, dia berasa sudah tiba masanya untuk berubah.

hati itu Allah yang pegang. hari ini dia mendapat hidayah. dia akan terus mencari hidayah itu.


namun bukan mudah untuk berubah. sekali lagi syaitan berjaya menghasutnya. ternyata imannya lemah.
dia kembali hidup seperti dulu.

tetapi ternyata Allah itu maha pemurah dan maha penyayang. dia diberi hidayah sekali lagi. dan kali ini dia nekad untuk berubah. dia takut, hidayah kali ini adalah hidayah yang terakhir. dia nekad untuk mencari tuhan.


dia perlu bermula dari awal iaitu solat. dia perlu menjaga solat. seterusnya membaca alQuran dan maksudnya.

kini dia sedar bahawa Allah itu maha penyayang. walau dia telah banyak berbuat dosa tetapi Allah mahu dia bertaubat sebelum dia mati. dia bersyukur, dia diberi hidayah sebelum dia pergi buat selamanya. dan dia perlu meneruskan pengembaraannya untuk mencari tuhan.