Sunday, April 28, 2013

aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni. jahat sangat ke aku ni ?
benci sangat ke korg semua kat aku ? 


don't judge book by its cover

Tuesday, April 23, 2013

APA YANG AKU MAHU DALAM HIDUP INI ?

berjalan tanpa henti
mencari tujuan di atas muka bumi
kadang-kadang tersesat
kadang-kadang bertemu semula jalan
terus berjalan
mencari sesuatu yang pasti
tetapi
kadang-kadang tidak pasti apa itu yang pasti
bila telah berjumpa dengan apa yang pasti
diri ini seolah2 tidak dapat menerima hakikat
mengapa?
adakah kerana terlalu jauh perjalanan
dan perjalanan itu mempunyai banyak cerita
cerita itu pula sudah biasa dalam hidup
tetapi aku tahu jawapan yang pasti
betulkan yang biasa
ye
tetapkan hati ini hanya untuk yang SATU
yang menciptakan diri ini.
cinta abadi yang tidak pernah mengecewakan
itu yang pasti.
aku milik Allah

Friday, April 5, 2013

HITAM putih

kehidupan, pasti ada yang hitam dan ada yang putih. setiap manusia ada sejarah hidup masing-masing.


mungkin sekarang dia bertudung, berbaju lengan panjang,bersopan santun tapi mungkin sebalik dari itu dia punya sejarah hitam. atau mungkin kehidupannya penuh dengan warna putih. hanya dia tahu perjalanan hidup dirinya.



dia belajar daripada kesilapan. dari kesilapan itu pula, dia menjadi semakin baik atau mungkin tidak. cuba meninggalkan waktu silam. tapi waktu silam itu terus menghantuinya.bila difikirkan balik, dia rasa tidak perlu untuk melenyapkan terus masa silam sebab masa silam itulah yang mengajar dia erti kehidupan. membuatkan dia ingin perbaiki diri dari masa ke semasa.


tidak ada insan suci yang tidak pernah melakukan kesilapan. dia manusia biasa yang sering alpa dan melakukan kesilapan. dia akan terus berusaha memperbaiki diri. mungkin org sekeliling xpernah perasan akan perubahannya atau mungkin xpernah peduli kerana perubahan yg dilakukan amat sedikit. sikit2 lama2 jadi bukit. bukankah begitu ? berubah walau sedikit tetapi berterusan adalah jauh lebih baik jika berubah secara mendadak tetapi tidak berterusana untuk perbaiki diri.

marilah kita sama2 berubah menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain :)
kita yang menulis kisah hidup kita sendiri dan kita jugalah yang menentukan dimanakah akhirnya kisah dan perjanan hidup ini :)

setiap gambar ada cerita