Wednesday, February 19, 2014

Ini Cerita Aku

Terkadang aku takut. takut jika terleka dengan nikmat tuhan. takut jika perkara lama berulang kembali. lalai. lalai dalam mensyukuri nikmat yang diberi. 

Terkadang aku tertanya. adakah aku menggunakan nikmat yang diberi kejalanNya. kejalan kebaikkan. adakah aku mengingati Allah dalam setiap nafasku, dalam setiap langkahku atau aku cuma ingat dalam ibadah aku je.

tak. aku tak patut ingat cuma dalam ibadah je tapi setiap nafas, setiap saat dan setiap langkah walau dimana pun aku berada, aku perlu abadikan cinta aku padaNya. ketika bersukan, beriadah, shopping atau apa sahaja, aku patut ingat pada Dia. 


kalau ingat tapi tak buat, apa guna. aku perlu ingat dan buat. jika ingin beriadah, shopping atau apa pun, perlu buat apa yang disuruh dan tinggal laranganNya seperti tutup aurat, tak tinggal solat, tak tabarruj dan banyak lagi lah. tapi boleh ke aku buat semua tu. mesti boleh, kan kita ni islam. tapi aku sering terleka.

sem lepas, aku rasa tak perform, aku target dapat pointer rendah. lepas tu aku rasa sem lepas aku pun tak perform sebagai muslimah. leka sana sini. rasa macam banyak dosa. dan aku rasa dengan aku tak perform study. dengan aku tak perform sebagai muslimah, maka, aku terfikir, tak mungkin tuhan nak tolong orang macam aku. ya Allah, apa la aku fikir masa tu. Allah tu dah bgthu jgn pernah putus asa untuk rahmat dari Dia. 


dan Dia telah buktikan, Allah maha pemurah lagi maha pengasih. tiga hari lepas aku tgk result aku. serius aku tak sangka dapat result macam tu, aku tertanya, ya Allah, macam mana aku boleh dapat result yang baik jika aku sendiri yakin yang aku tak perform study sem lepas. 


aku tersedar dan bersyukur. Allah tak pernah menzalimi hambaNya tapi kita sendiri yang menzalimi diri kita sendiri. tapi jauh dalam hati aku ada satu perasaan bertanya adakah nikmat ini untuk aku lebih lalai dan jauh dariNya. atau sebalikNya. Ya Allah jangan kau bolak balikkan hatiku ini, tetapkan lah hati ku ini hanya pada Mu. semoga segala nikmat yang kau beri, setiap degupan yg Kau degupkan jantung ini lebih mengingatkan aku kepadaMu.