Saturday, March 24, 2012

KEHIDUPAN

setiap individu pasti ada kehidupan masing-masing. kehidupan masa silam, kehidupan masa kini dan seterusnya. dalam kehidupan ini, setiap masa kita dikehendaki untuk memilih. memilih untuk bangun atau tdur, setelah bangun tdur, memilih untuk membuat apa, pakai baju apa. serba serbi perlu dipilih dan terpulang pada diri sendiri untuk memilih.


disebabkan itu la, perjalanan kehidupan manusia ini berbeza, ada yang masa silamnya penuh dengan dosa, ada pulak yang penuh dengan kenangan yang indah. ada pula masa kini yang penuh ceria atau suram. dan ada juga yang menghadapi pelbagai ujian dalam kehidupannya sehingga membuatkan hati kental.




tetapi, dalam memilih jalan kehidupan, yang paling susah ialah memilih untuk hidup memilih islam atau memilih hidup jahiliyyah yang penuh tipu daya. apabila kita memilih islam sebagai jalan hidup automatik kita akan menjauhi jalan jahiliyyah.



mari la sama-sama kita bersyukur dan menunjukkan bahawa kita bersyukur dengan memilih cara hidup islam---> berbalik pada diri sendiri.


kehidupan ini adalah perubahan. kadang2 kita perlu berubah untuk menjadi seorang yang lebih baik :)

dan kita bukan seperti masa silam kita, kita adalah kita yang sekarang !

Friday, March 16, 2012

MASALAH

masalah membuatkan kita menjadi lebih matang. betul ke ?


pendapat saya la. masalah perlu ditangani, kite kene berani berhadapan dengan masalah. jangan lari dari masalah. masalah tak akan selesai kalau kite lari. kan ?


mungkin juga masalah yang datang tu sebagai ujian untuk kita di dunia yang sementara ni kan ?
mungkin Allah nak tengok dan uji keimanan kita, kesabaran kita.
ujian itu membuatkan diri kita semakin kuat. kadang kala dengan ujian dan masalah tu boleh buat kita ingat pada Allah, boleh buat kita bermuhasabah diri.


ingat kawan2. Allah tidak akan memberi ujian yang tidak dapat ditanggung oleh hambaNya. kadang kala juga, masalah dan ujian buat kita perbaiki diri kearah yang lebih baik. SOMETHING HAPPEN FOR A REASON :)

yang paling penting kita hendaklah redha pada ketentuan Allah dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah. InsyaAllah, kalau kita tidak dapat ganjaran di dunia. kita akan dapat ganjaran di akhirat kelak, alam yang abadi. :)

nota kaki : betulkan saya jika saya salah. entry ni lebih berbalik kepada diri sya sendiri :)

Friday, March 9, 2012

Remaja & Cinta

C.I.N.T.A ---> sayang, suka, minat, tangkap cintan. haha. ada tak istilah lain ?
kebiasaannya CINTA sangat sinonim dengan REMAJA. ke tak ? haha. ni pendapat saya la kan.


kenapa pulak saya tetbe update tentang remaja dan cinta ? sebab lately ni saya selalu sangat baca status kawan saya yang tengah frust putus cinta. kalau sekejap tak pe. ni berlarutan. dan dia macam sgt mengagungkan bekas kekasihnya itu. =.=''

remaja dan cinta, bagai isi dan kuku, seperti tidak boleh dipisahkan. kalau dah nama remaja ' surely have an experience about love ! betul ke ? =.=''

namun adakah kita benar2 faham erti cinta ?
atau hanya berlandaskan nafsu sahaja ? ---> berbalik pada diri sendiri juga

kadang2 saya tak faham kenapa mesti merintih dan merayu pada yang tak sudi . kalau sidia taknak kat kite, buat apa kite nak kat dia. bagi saya, kite perlu sayang pada orang yang sayang kita. bukan pada orang yang kita sayang. haha ayat !



dan lagi bagus kalau kita cinta pada Allah. ---> berbalik pada diri sendiri juga
cinta yang abadi, cinta yang tidak akan dikhianati. cinta yang membawa ke syurga. :)


nota kaki :: lama tak update blog sbb sekarang dah start kuliah :)