Thursday, December 5, 2013

Rule Number One : SABAR

Bila ujian bertandang kepada hidup kita. kita perlu hadapi dengan sabar.

\

Ye. aku tahu bukan senang untuk sabar. Bila kita berkata "sabarlah", pasti ada segelintir yang berkata "sabar tu ada hadnya"; "ko tak rasa apa aku rasa, ko tak tahu". Sebab saya juga pernah berkata sebegitu pada suatu ketika dahulu. 

kawan-kawan
jum berubah, jum didik diri jadi penyabar. 


Jika sabar itu mudah, pasti ramai yang dapat melakukannya, pasti aman disemua tempat, pasti tiada pergaduhan berlaku.
Sabar itu tiada batasannya. batasnya cuma ada dipintu syurga dalam naungan keredhaanNya.
ingatlah bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.

ye.aku memang tak pernah rasa apa yang kau rasa tapi pernah ke kau rasa apa yang aku rasa ?
Allah bagi kita ujian yang berbeza sebab kemampuan kita yang berbeza.
Saat ujian itu datang, apabila mereka memberi nasihat "bersabarlah". kita perlu mula cari kekuatan diri. minta pada Allah supaya kita kuat dan redha menghadapi ujianNya demi mnguatkn lagi iman kita. Bukan dengan mencari pelbagai alasan demi ingin menutup hakikat sabar itu.


kau kata aku ni pun bukan baik sangat. ye. aku memang tak sampai tahap itu tapi marilah kita sama-sama kearah kebaikkan itu.

Orang selalu cakap, "dia tengah marah, runsing, fikiran tak menentu sebab tu dia buat macam tu, jangan salahkan dia"
mereka tak pernah salahkan sesiapa, mereka cuma memberi nasihat supaya kita menjadi lebih kuat, menjadi lebih baik. sebab apa? sudah tentu sebab mereka sayang pada kita.

Allah bagi akal pada manusia untuk apa ? untuk berfikir mengikut iman untuk memilih jalan kebaikkan. Bukan untuk disia-siakan saat ujian itu datang. Mahu salahkan siapa jika kita buat kesilapan? aku? ko? atau mereka? mestilah diri kita sendiri. sebab apa? sebab sifat sabar tu tak ada dalam diri kita.


Dengan apa kita nak menahan marah jika bukan dengan sabar ? 
Dengan apa kita ingin menguatkan diri jika bukan dengan sabar ?

Masalah takkan jadi lebih rumit jika kita bersabar dan hati pun akan tenang.
kita cuma boleh berfikir dgn rasional apabila kita dalam keadaan tenang, jadi bersabarlah, baru boleh kita membuat keputusan yang bijak.
Jika ada masalah dan anda menemui jalan buntu, tanyalah Allah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak tahu.


Bersabarlah wahai hati. Rencana Allah itu lebih baik dari rencanamu,jadi tetaplah berjuang dan berdoa hingga kau kan menemui bahawa ternyata memang Allah memberi yang terbaik buat dirimu. Sabar itu indah


jika kita ingin tempat mengadu, mengadulah pada Allah. 
jika kita inginkan nasihat, mintalah pada orang yang boleh dipercayai dan boleh memberi nasihat yang baik. 
tetapi janganlah kita meggunakan medium yang salah. pilihlah medium yang betul. 
ingatlah Allah sentiasa ada dengan kita :))

" Allah did not promise that the way will be easy, but He did promise that He would be with you in every single step of your life as long as you want Him to "


Friday, October 4, 2013

TABARRUJ

 
 
Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki non mahram.”
 
 
Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang bisa merangsang syahwat laki-laki… 
 
 
 



perbuatan yang termasuk dalam tabarruj:

mengenakan wangian dihadapan lelaki bukan mahram.
Nabi saw bersabda,
Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, berarti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy] 

mengenakan pakaian tipis dan ketat
Nabi saw bersabda:
Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak.  Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya.  Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

berhias untuk lelaki-lelaki bukan mahram atau bukan suami
Nabi saw bersabda;
Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]


bersolek berlebihan
bersolek dengan tidak seperti biasanya.  Misalnya, memakai bedak denggan tebal, eye shadow, lipstik dengan warna menjolok dan sebagainya.   Sebab, tindakan-tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj secara definitif.  Imam Bukhari menyatakan, bahwa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”

Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;
Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31] 

 
 sesungguhnya banyak lagi perkara tabarruj. semoga kita tidak tergolong dalam kategori ini.


 

ya Allah, adakah aku tergolong dalam kategori ini. ampunilah hambamu yg jahil ini. :((

notakaki: muhasabah diri

Wednesday, October 2, 2013

Seindah Mentari

Hidup tak selalunya cerah seindah mentari. kadang-kadang datangnya mendung. mungkin gelap gelita.
Apabila hidup kita cerah seindah mentari, adakah kita bersyukur kepada Allah ?
Apabila datangnya mendung, gelap gelita, adakah kita bermuhasabah diri ?

*Tanya pada diri sendiri dan fikirkan

 
 




 

Ya Allah dimanakah diri ini berada :((


 

Tuesday, August 20, 2013

RUPA

"Aku ni tak cantik, tak layak untuk orang sekacak dia." atau
"Aku ni tak hensem, tak layak untuk orang secantik dia"

Adakah anda pernah mendengar statement sedemikian ?
Tulisan saya kali ini hanya sekadar berkongsi pendapat.
mungkin anda ada pendapat yang berbeza.


CANTIK dan HENSEM adalah SUBJEKTIF.
boleh di isi oleh sesiapa pun. jadi tak perlu risau apa tanggapan orang lain pada kita.
dan yang paling penting, kita ni diciptakan oleh Allah sempurna sifat. sempurna rupa. jadi janganlah cakap kita ni tak cantik, tak hensem.

jodoh itu rahsia Allah. 



tak ada salahnya yang hensem dengan yang tak cantik. atau yang cantik dengan yang tak hensem.
saling melengkapi mungkin, :D

Allah menjanjikan "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik"
bukan yang hensem untuk yang cantik atau sebaliknya.

dan yang penting HATI.
biar hati kita yang hensem dan cantik.

nota kaki : aku harap kita boleh jadi macam dulu. rapat macam dulu. itu lebih membahagiakan aku :))) senyum lebar2.

Monday, July 8, 2013

Teguran

Teguran itu membuatkan kita menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Teguran itu membuatkan kita tersedar dari alpa.
Teguran itu membuat kita menjadi lebih kuat menempuhi hari-hari seterusnya


Beruntunglah mereka yang ditegur
Demi kebaikan yang tidak mereka sedar :))



Terima teguran dengan hati yang ikhlas 


Senyum lebar-lebar :))

Saturday, July 6, 2013

Dunia & Hidup

Apa matlamat kita hidup di dunia ini sebagai manusia ? mengejar harta ? mengejar cinta manusia? mengejar nama ? tepuk dada tanya iman. Sesungguhnya matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk tunduk pada pencipta kita iaitu Allah. Sebagai seorang muslim, matlamat kita adalah mngejar cinta Allah. 


Ye!. kamu dan aku ini manusia biasa. Lemah ! Sering terbabas dalam pengembaraan mencari cinta Allah. 
Lihatlah sekeliling kita, ramai yang mencari redha manusia berbanding redha Allah. 


Ingin kelihatan cantik di hadapan manusia sehingga sanggup mengetepikan hukum Allah iaitu menutup aurat. Dengan alasan apa kita mahu sangkalkan hukum itu?


Ye! aku juga belum sempurna. Masih mencari dimana diri ini patut berada. Masih mencari cinta yang sejati itu, Cinta Allah. 


Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Siapa diri kita dan dimana patut kita berada. Tidak salah berfesyen mengikut edaran moden dunia tetapi ingatlah tidak semua pakaian itu fesyen dalam islam tapi semua pakaian dalam islam itu adalah fesyen.


Sama- samalah kita perbetulkan niat kita, melakukan sesuatu kerana Allah bukan kerana manusia. Biar kita tidak cantik dimata manusia tetapi cantik dimata Allah. 
Sama-sama lah renungi diri ini, nanti bila kita meninggalkan dunia ini dengan kain putih membaluti diri dan hanya iman serta amalan penghias diri.
Ya Allah tetapkan hatiku ini dijalan-Mu. senyum lebar lebar :)))

Saturday, June 29, 2013

Latihan Industri

24jun2013 saya Azilah bte Othman telah melaporkan diri di Pioneer Technology(M) Sdn Bhd untuk menjalankan latihan industri. 



saya telah ditempatkan di production engineering department under electrical.


engineer kat department saya sangat cool ok. HAHA. 
untuk seminggu ni, xbanyak sangat keje yang saya dapat.
so sit like a boss. KAHKAH


baju yang saya pkai tu uniform pioneer. cantik kan ?HAHHAHA *cantik la sgt :P
sampai disini jela. saja je aku nak menaip kat blog ni. dah lama x update kan. haha :P

notakaki : kene keje rajin2 untuk bg anak2 makan. kahkahkah :D

senyum lebar lebar :)))


Saturday, June 15, 2013

DUGAAN

Dugaan itu datang sebab Allah sayang kat kita kan?
tersedar dari lena yang panjang.


sekarang ni aku tak boleh makan seafood. dr dulu tak boleh makan seafood. gatal2 kat kaki. tapi tak teruk pun. sedikit nikmat ditarik. lepastu mula pulak gatal2 kat tangan bila makan seafood. sedikit lagi nikmat ditarik. tapi aku tak peduli. masih lalai. lepastu makin lama makin teruk gatal2 tu smpai bengkak jari. sedikit lagi nikmat ditarik. lepastu, aku tak boleh makan ayam dan telur. lagi nikmat ditarik. dan sekarang aku perlu makan ubat allergic. ok. berkesan lepas seminggu makan. itu pun seminggu aku makan sayur je. jadi vegeterian la pulak kan. tapi mungkin aku masih lalai. dan sekarang bila aku stop makan ubat tangan aku kembali gatal2 walau aku xmakan bende2 yang aku allergic. tersedar. nikmat aku makin ditarik. mungkin telah lama aku lalai.
kadang2 kita amek mudah tentang perkara ni. ala allergic je kot. biasala. gatal2 je kot. perkara biasa.
tapi sedarkah kita satu nikmat telah ditarik?
Allah bagi susah kat kita sbb nak kita ingat kat Dia kan? mungkin sbb dia tarik nikmat kita sikit demi sikit sbb nak kita ingat kat Dia tapi kita ni alpa juga. tu yang bagi susah terus. tapi kita kene la fikir positif.
bersangka baik pada Allah.

semua dugaan yang datang tu ada hikmahnya
berdoa dan bersabar agar dipermudahkan segalanya
senyum lebar lebar :))


nota kaki : nikmat mata pun dah ditarik sbb aku rabuh 
redha :)

Friday, June 7, 2013

katakan TIDAK kepada PUTUS ASA!


Allah SWT menjadikan kegagalan dan pelbagai kesusahan lain sebagai ujian kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya Kami akan menguji dengan sedikit perasaan takut, kelaparan dan berlaku kekurangan harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah, ayat 155)


Firman Allah SWT: Wahai anakku, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusof, ayat 87)


jika kita punya masalah, jangan putus asa. berusaha selagi mampu. sesungguh Allah itu beri ujian sesuai dengan kesanggupan hambanya. berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan :) 


bersangka baik pada Allah
senyum lebar lebar 

Wednesday, June 5, 2013

Pengembaraan Mencari Tuhan

Dia hanyalah manusia biasa. Tiada apa yang istimewa. Dahulu dia seorang yang pendiam. Lama kelamaan dia belajar menjadi seorang yang periang. Dia mula senang dengan sifatnya yang periang. Dengan sifat itu, dia mudah mendapat kawan. Mungkin dia sudah bosan menjalani hidup seorang yang pendiam. Dia terlalu alpa dengan nikmat kehidupan ini sehingga dia lupa nikmat yang dia kecapi adalah pinjaman sementara oleh Allah. Dia lupa menjadi seorang pendiam itu lebih baik dari berkata2 tentang perkara yang tiada faedahnya.

Sehingga satu saat bila syaitan berjaya bertakhta di hati, dia lupa apa itu dosa dan apa itu pahala. Dia tahu akan hukum agama, tetapi dia tidak peduli. mungkin dosa sudah mula menebal di hati. bertahun-tahun dia hidup dalam dosa.

Solat. Tiang agama.
tetapi dia solat dalam keadaan tidak kusyuk. dia solat pada akhir waktu. lama kelamaan solat itu tinggal sejarah. kini dia tidak peduli lagi sama ada dia solat atau tidak.


Maksiat. pemusnah akhidah
Dia telah biasa membuat maksiat. maksiat itu seperti makanan hari2 untuknya. ye. jika tidak menjaga solat, maka akhidah pun musnah dan maksiat berleluasa.

Suatu hari, dia bermimpi. mimpi yang sangat mengerikan.
dia mula tersedar. imannya makin nipis. dia tersedar dari tidur lena yang panjang. dia sedar bertahun2 dia hidup dalam dosa. entah bagaimana dan mengapa, dia berasa sudah tiba masanya untuk berubah.

hati itu Allah yang pegang. hari ini dia mendapat hidayah. dia akan terus mencari hidayah itu.


namun bukan mudah untuk berubah. sekali lagi syaitan berjaya menghasutnya. ternyata imannya lemah.
dia kembali hidup seperti dulu.

tetapi ternyata Allah itu maha pemurah dan maha penyayang. dia diberi hidayah sekali lagi. dan kali ini dia nekad untuk berubah. dia takut, hidayah kali ini adalah hidayah yang terakhir. dia nekad untuk mencari tuhan.


dia perlu bermula dari awal iaitu solat. dia perlu menjaga solat. seterusnya membaca alQuran dan maksudnya.

kini dia sedar bahawa Allah itu maha penyayang. walau dia telah banyak berbuat dosa tetapi Allah mahu dia bertaubat sebelum dia mati. dia bersyukur, dia diberi hidayah sebelum dia pergi buat selamanya. dan dia perlu meneruskan pengembaraannya untuk mencari tuhan.

Thursday, May 30, 2013

STUDY WEEK MOOD

lagi beberapa hari nak study week. lepas tu final. yeay! tapi assignment melambak2 xsiap lagi. macam biasa lah. bila akhir sem je, stress memanjang. terasa hati memanjang. dan jerawat pun tumbuh dengan pesatnya kat muka. akhir2 sem ni la segala macam muka boleh tengok aku habaq hang, haha
muka masam mencuka, muka nak telan orang, everything la. lepastu ada la jugak yg duk pot pet pot pet cakap penatlah buat assignment, xtdo seharian. lepas subuh baru tido, macam dia sorg je buat keje kan. *sila terasa. haha.kadang2 kita rasa kita sorg je byk wat keje, mula la nak merungut buat keje sorg la. padahal kawan tu tolonglah jugak walau ckit kan. cuba lak kene kat diri sendiri, yg kawan tu duk buat sorg2 keje, diri sendiri xtolong pape, ada rasa pape? rasa bersenang lenang. *dush dush. amek kaw haha. *sila terasa lagi. haha

kadang2 tu, kawan2 tegur, buat muka masam macam nak makan org je gamaknya, kalau rasa masa2 macam ni xnak org ganggu. sila buat macam ni


ok. aku tahu kau xnak diganggu. bla sekarang, haha *sila terasa lagi

sempena nak study week ni. semoga jgn stress dan belajar bersungguh2 utk final ok.
senyum lebar lebar :)))
senyum tu kan sedekah. dapat pahala kan . xsusah pun nak senyum. xkeluar duit pun :P

nota kaki: segala coretan adalah berkaitan diri aku sendiri. gmbar pun diri sendiri. tgk muka berjerawat. haha :P

Sunday, April 28, 2013

aku tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan aku ni. jahat sangat ke aku ni ?
benci sangat ke korg semua kat aku ? 


don't judge book by its cover

Tuesday, April 23, 2013

APA YANG AKU MAHU DALAM HIDUP INI ?

berjalan tanpa henti
mencari tujuan di atas muka bumi
kadang-kadang tersesat
kadang-kadang bertemu semula jalan
terus berjalan
mencari sesuatu yang pasti
tetapi
kadang-kadang tidak pasti apa itu yang pasti
bila telah berjumpa dengan apa yang pasti
diri ini seolah2 tidak dapat menerima hakikat
mengapa?
adakah kerana terlalu jauh perjalanan
dan perjalanan itu mempunyai banyak cerita
cerita itu pula sudah biasa dalam hidup
tetapi aku tahu jawapan yang pasti
betulkan yang biasa
ye
tetapkan hati ini hanya untuk yang SATU
yang menciptakan diri ini.
cinta abadi yang tidak pernah mengecewakan
itu yang pasti.
aku milik Allah

Friday, April 5, 2013

HITAM putih

kehidupan, pasti ada yang hitam dan ada yang putih. setiap manusia ada sejarah hidup masing-masing.


mungkin sekarang dia bertudung, berbaju lengan panjang,bersopan santun tapi mungkin sebalik dari itu dia punya sejarah hitam. atau mungkin kehidupannya penuh dengan warna putih. hanya dia tahu perjalanan hidup dirinya.



dia belajar daripada kesilapan. dari kesilapan itu pula, dia menjadi semakin baik atau mungkin tidak. cuba meninggalkan waktu silam. tapi waktu silam itu terus menghantuinya.bila difikirkan balik, dia rasa tidak perlu untuk melenyapkan terus masa silam sebab masa silam itulah yang mengajar dia erti kehidupan. membuatkan dia ingin perbaiki diri dari masa ke semasa.


tidak ada insan suci yang tidak pernah melakukan kesilapan. dia manusia biasa yang sering alpa dan melakukan kesilapan. dia akan terus berusaha memperbaiki diri. mungkin org sekeliling xpernah perasan akan perubahannya atau mungkin xpernah peduli kerana perubahan yg dilakukan amat sedikit. sikit2 lama2 jadi bukit. bukankah begitu ? berubah walau sedikit tetapi berterusan adalah jauh lebih baik jika berubah secara mendadak tetapi tidak berterusana untuk perbaiki diri.

marilah kita sama2 berubah menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain :)
kita yang menulis kisah hidup kita sendiri dan kita jugalah yang menentukan dimanakah akhirnya kisah dan perjanan hidup ini :)

setiap gambar ada cerita