Saturday, July 6, 2013

Dunia & Hidup

Apa matlamat kita hidup di dunia ini sebagai manusia ? mengejar harta ? mengejar cinta manusia? mengejar nama ? tepuk dada tanya iman. Sesungguhnya matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk tunduk pada pencipta kita iaitu Allah. Sebagai seorang muslim, matlamat kita adalah mngejar cinta Allah. 


Ye!. kamu dan aku ini manusia biasa. Lemah ! Sering terbabas dalam pengembaraan mencari cinta Allah. 
Lihatlah sekeliling kita, ramai yang mencari redha manusia berbanding redha Allah. 


Ingin kelihatan cantik di hadapan manusia sehingga sanggup mengetepikan hukum Allah iaitu menutup aurat. Dengan alasan apa kita mahu sangkalkan hukum itu?


Ye! aku juga belum sempurna. Masih mencari dimana diri ini patut berada. Masih mencari cinta yang sejati itu, Cinta Allah. 


Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri. Siapa diri kita dan dimana patut kita berada. Tidak salah berfesyen mengikut edaran moden dunia tetapi ingatlah tidak semua pakaian itu fesyen dalam islam tapi semua pakaian dalam islam itu adalah fesyen.


Sama- samalah kita perbetulkan niat kita, melakukan sesuatu kerana Allah bukan kerana manusia. Biar kita tidak cantik dimata manusia tetapi cantik dimata Allah. 
Sama-sama lah renungi diri ini, nanti bila kita meninggalkan dunia ini dengan kain putih membaluti diri dan hanya iman serta amalan penghias diri.
Ya Allah tetapkan hatiku ini dijalan-Mu. senyum lebar lebar :)))

No comments: