
Solat. Tiang agama.
tetapi dia solat dalam keadaan tidak kusyuk. dia solat pada akhir waktu. lama kelamaan solat itu tinggal sejarah. kini dia tidak peduli lagi sama ada dia solat atau tidak.

Maksiat. pemusnah akhidah
Dia telah biasa membuat maksiat. maksiat itu seperti makanan hari2 untuknya. ye. jika tidak menjaga solat, maka akhidah pun musnah dan maksiat berleluasa.
Suatu hari, dia bermimpi. mimpi yang sangat mengerikan.
dia mula tersedar. imannya makin nipis. dia tersedar dari tidur lena yang panjang. dia sedar bertahun2 dia hidup dalam dosa. entah bagaimana dan mengapa, dia berasa sudah tiba masanya untuk berubah.
hati itu Allah yang pegang. hari ini dia mendapat hidayah. dia akan terus mencari hidayah itu.
.jpg)
namun bukan mudah untuk berubah. sekali lagi syaitan berjaya menghasutnya. ternyata imannya lemah.
dia kembali hidup seperti dulu.
tetapi ternyata Allah itu maha pemurah dan maha penyayang. dia diberi hidayah sekali lagi. dan kali ini dia nekad untuk berubah. dia takut, hidayah kali ini adalah hidayah yang terakhir. dia nekad untuk mencari tuhan.
dia perlu bermula dari awal iaitu solat. dia perlu menjaga solat. seterusnya membaca alQuran dan maksudnya.
kini dia sedar bahawa Allah itu maha penyayang. walau dia telah banyak berbuat dosa tetapi Allah mahu dia bertaubat sebelum dia mati. dia bersyukur, dia diberi hidayah sebelum dia pergi buat selamanya. dan dia perlu meneruskan pengembaraannya untuk mencari tuhan.

No comments:
Post a Comment