Monday, January 14, 2013

Hanya sekadar luahan untuk berfikir bersama

tiba-tiba aku confuse. aku tak tahu apa aku rasa sekarang ni. berdosa? atau rasa diri aku ni dah oke ?
ntahlah. ye. tak de istilah diri kita ni dah cukup baik. diri aku juga.


aku rasa ada niat aku yang tertangguh. ye. tapi kadang2 aku ignore perasaan tu. kadang2 rasa penat. penat mencuba. oke. kadang2 aku rasa cukup smpai sini je.nanti berubah lagi. chill la. berubah ckit2. bolehkan. tapi bila fikir balik. kalau aku relek skrg. sempat ke aku berubah esok ? kot2 malam ni gak aku mati. xke berputih mata ?


tapi kadang2 aku ignore hakikat tu. hakikat kehidupan yg kita tak boleh lari. mati itu pasti.


kawan2 pesan. org yg rapat dgn aku pesan. aku selalu baca kat laman2 sosial. jgn tinggal solat. oke! aku berusaha bersungguh solat lima waktu. jgn tinggal. tapi kadang2 terlajak juga. :(


lagi satu baca alQuran setiap hari walau satu baris. aku berusaha untuk penuhi semua ni. tapi aku sekadar membaca. cukup ke ? aku tak faham maksudnya. tak menghayatinya. cukup ke ?


alQuran tu kan panduan hidup. kalau aku tak faham. tak hayati. cam ne nak jadikan panduan hidup? mungkin sbb tu aku still xsempurna menjadi seorg islam. kadang2 baca novel tu berjam2. siap menangis2. feel la konon. sedey. sbb apa? sbb kita faham maksud novel tu dan menghayatinya. tapi alQuran ? ntahlah. skrg tafsir alQuran tu melambak2 jual. tapi kenapa kdang2 rasa susah nak baca alQuran tu cm novel? sbb dosa dah tebal dalam hati? :(

ya Allah. ampunkanlah hambaMU ini.

2 comments:

kassim said...

nice writing..muhasabah tu sgt baik tuk kita sedari salah kita

Syaz Dean said...

Allah akan beri ujian dan dugaan kepada insan yang nak berubah ke jalan-Nya. Niat untuk berubah itu Allah suka. Tapi kadang kadang untuk berubah itu mudah. tapi untuk istiqamah dalam perubahan itu yang sedikit sukar. Bersama lah kita menuju ke jalan-Nya. Saya pon masih muhasabah diri. Nice entry. :)