Thursday, February 2, 2012

MATANG

since umur saya dah 21tahun. tetiba pulak nak buat entry pasal MATANG. *poyo la ko zila. haha
ada aku kesah ? =.=''

pendapat korang la matang tu macam mana ?

pakai high heel shoes ? (ni sbb ada orang cakap kat aku, pakai sneakers macam2 budak2 =.= tahu la aku xpandai pakai high heel shoes)


pakai baju yang ala2 mak datin ?


buat muka serius sepanjang masa ?


ok2 ! mengarut je atas 2. haha

be serious from now on !

nak kongsi pendapat ni tentang matang. pendapat saya la :

1.dapat bersabar dan bertenang sekiranya hajat tidak tercapai.
korang cool je kalau impian, target korang tak tercapai. korang terima dengan hati terbuka. korang fikir ini semua ujian Allah. mungkin aku perlu lebih kan usaha.

2.mampu menyembunyikan perasaan luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku seperti biasa.
ha ! yang ni kalau korang rasa hati, kecil hati, marah kat seseorang dalam sesuatu kumpulan, korang bertindak rasional. tak da la tetbe korang mengamuk. korang pretend to be ok n calm down je depan kumpulan korang.. :)

3.tidak rasa iri hati apabila orang lain dipuji dan disanjung
OK ! korang ada tak rasa cemburu bila orang lain lebih dari korang ? mesti ada ni ? haha
kalau ada orang lain yang berada diatas korang, dipuji, disanjung. korang tak kan rasa cemburu malah korang akan memperbaiki diri korang untuk menjadi yang lebih baik. :)

4. boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang yang tidak sukai.
ha ! walau korang tak suka seseorang tu, korang boleh berkawan dgn dia, boleh bekerjasama dengan dia tanpa sebarang masalah. :)

5.memberi persetujuan kepada pendapat yang memberi kebaikan walaupun sebenarnya tidak setuju dengan senang hati.
walaupun sebenarnya korang tak suka dengan sesuatu pendapat tetapi sebenarnya pendapat tersebut boleh membawa kebaikan, korang boleh memberi persetujuan dalam kumpulan itu dengan senang hati walaupun pendapat korang di tolak !

6.dapat menerima kritikan atau salah faham orang lain tanpa membesar-besarkannya.
korang dapat menerima kritikan dan salahfaham daripada orang lain dengan keadaan yang tenang tanpa perlu membesarkan hal tersebut.

sampai sini jela pendapat saya. pendapat korang ? bila korang baca entry ni, agak2 korang matang tak ?

sejujurnya. saya tak matang lagi. perangai saya macam2 budak2 ---> kawan2 saya cakap la.

notakaki : insyaAllah jum kita sama2 perbaiki diri kearah yang positif :)



No comments: