Tuesday, February 7, 2012

KASIH SEORANG AYAH

ayah. seorang yang mencari rezeki buat keluarga, memastikan keluarganya dalam keadaan selamat. kasih dan sayang nya terhadap anak anak tiada berbelah bahagi walau kadang kadang beliau tidak menzahirkannya. adakah kasih dan sayang kita sama seperti mereka mengasihi kita ?


aku nak kongsi sebuah cerita tentang ayah aku sendiri.

malam tadi, aku tidur agak lewat sekitar pukul 1230am. masa tu aku baru terlelap. so tak lena sangat la. tetiba aku tersedar ayah aku datang, tapi aku buat tak tahu jela. rupanya ayah aku pasangkan ubat nyamuk. dia tengok-tengok kat aku ada nyamuk ke tak. lepas tu dia pergi kat adik aku pulak, aku nampak la dia pukul kan nyamuk kat kaki adik aku.

serius aku rasa sedih n terharu giler. korang pernah tak, parents korang dah tidur, korang g check, dah pasang ubat nyamuk ke belum, ada nyamuk ke tak. pernah tak ?

umur aku dah 21tahun tapi ayah aku still jaga aku sampai macam tu. ye ! selama ni maybe dia tak tunjuk kat kami macam mana betapa dia sayang kami. atau maybe kami yang tak nampak :(


aku tertanya adakah 21tahun aku hidup ni, aku ada menggembira kan beliau ? aku tak dapat ingat pun apa yang aku buat tuk hepi kan beliau. so aku berazam nak belajar bersungguh2 then berjaya, nak jaga parents aku. aku nak berubah kearah kebaikkan. patuh pada agama, pada perintah Allah supaya ayah aku gembira bahawa dia berjaya mendidik anaknya. suapaya aku tidak menyalurkan sebarang dosa kepada ayah aku. :(

JUM SAMA2 BERBAKTI KEPADA IBUBAPA KITA :)

insyaAllah.

AZILAH SAYANG EN. OTHMAN !


No comments: