Sunday, January 29, 2012

PERASAAN

hye. aku nak share sikit tentang perasaan. ye ! perasaan bukan perasan taw . bak kata orang putih, feeling. ececeh. ke korang ni tak ada perasaan ? =.=
mesti ada kan ?
setiap manusia itu telah dikurniakan perasaan oleh Allah. nak tanya la kat korang ni. perasaan tu apa ? perasaan itu perkara yang tidak boleh dilihat tetapi cuma boleh dirasai melalui jiwa, hati dan minda.

Allah ciptakan banyak perasaan. terlampau banyak untuk disenaraikan.
korang sendiri tahu, perasaan korang. kan ?
sekarang perasaan korang apa ? annoying baca entry ni ? =.=

aku nak senaraikan simple punye perasaan:

1. gembira !
sape tak pernah rasa gembira ?
mesti semua orang pernah rasa gembirakan .
apa itu gembira ? eh ! tak kan tahu.
girang, suka, buat korang tersenyum. ----> pendapat aku la
pendapat korang ?

walau kita gembira, kita kene ingat
siapa yang membawa berita gembira itu ?
dari mana datang nya gembira itu?
ye ! dari Allah
adakah kita bersyukur dengan perasaan itu
syukur juga satu perasaan ! :)

2. sedih
menyebabkan rasa pilu
contoh : dpat result exam yang teruk, mesti kira rasa sedih. sangat sedih.kan ?

tapi dalam keadaan sedih tu, kita kene ingat apa juga yang terjadi ada hikmahnya.
kita perlu bermuhasabah diri. apa salah kita. Allah itu akan beri yang terbaik untuk kita bersesuaian dengan usaha kita. kalau kita dah berusaha tetapi tetap tidak dapat apa yang kita mahu, sila muhasabah diri. mungkin ini satu ujian buat diriku. satu ujian untuk buat aku lagi kuat ! dan ingat la kita hamba, sesuai aku dilayan sebagai hamba. hamba Allah.

3. marah
sape panas baran dan selalu mara kat sini, angkat tangan.
jangan marah ok, nanti cpat tua ;p
marah juga satu perasaan tapi kita kena kawal.

marah itu dari syaitan, syaitan itu daripada api, api itu dipadamkan oleh air, maka jika kamu marah, hendaklah mengambil wudu'
jika kita marah masa kita diri, cuba duduk, jika marah lagi, cuba baring
calm down ok ! :)

3. CINTA
perasaan senang, menyayangi
dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan kepada apa apa yang dingini.


cinta untuk siapa ?
cinta untuk Allah ? cinta untuk sesama makhluk ?
tak salah cinta sesama makhluk, cinta pada ibubapa, suami isteri, keluarga
tetapi cinta yang hakiki, cinta pada Allah :)
kalau kita cinta pada Allah, betapa indah cinta itu.
Allah berikan apa yang kita perlu kat dunia, semua. rezeki, kesihatan, macam2 la. tak tersenarai.
yang mendengupkan nadi jantung kita, siapa ? Allah !
yang beri oksigen pada kita. siapa ? Allah
besar nye cinta Allah pada kita. diberi nikmat yang tidak terhingga. cinta kita pada Allah pula ?
walau kita sentiasa alpa, melakukan dosa, tetapi Allah tetap memberi nikmat kepada kita. betapa malunya diri ini.
aku juga bukan la sempurna. tapi mari kita sama2 menjadi hamba Allah yang sempurna :)
insyaAllah.

sampai sini jela entry kali ini
jika ada salah dan silap, mohon kemaafan. :)

No comments: