Thursday, January 22, 2015

HATI

Semoga ada sesuatu di sebalik semua ini.

Semoga muncul pelangi yang indah selepas ini.

Semoga semakin tebal rasa syukur dalam hati.

Syukur dengan apa yang di beri depan mata dan yang digenggam erat dalam tangan.

Semoga jangan pernah ada segelumat sikit pun perasaan kecewa dan putus asa.

Kerana perjalanan ini masih panjang untuk berputus asa.

Semoga perbanyakkan lagi doa. Memohon untuk lebih mensyukuri nikmat yang diberi.

Semoga doa itu lebih bersungguh-sungguh supa didengari dan dimakbulkan.

Tapi ingat tak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.

Ini kerana dalam kehidupan sebenar, tidak semua berlaku mengikut kehendak kita.

Semoga kita ingat Allah itu maha mengetahui.

Dia adalah sebaik-baik perancang perjalanan hidup ini.

Ingat, Allah tidak beri apa yang kita mahu tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Semoga kita sentiasa bersangka baik pada Allah


Ya Allah, moga hati ini redha
Redha atas setiap inci sisi yang terjadi.

*senyum lebar-lebar :))

No comments: