Tuesday, August 19, 2014

PERCAYA

Kadang kita terlalu mempercayai seseorang. Meletakkan segala harapan kepadanya. Betul ke tindakkan tu?

Mungkin betul kalau kita letak kepercayaan 100% pada ibu bapa kita. Adik beradik kita. Tapi zaman sekarang ni, adik beradik, suami isteri pun saling mengkhianati. Apatah lagi jika tiada pertalian darah.


Ntahla. Mungkin ini Cuma sekadar luahan hati. Kadang2 aku rasa tak boleh mempercayai 100% pada seseorang tu sebab diri sendiri juga yang akan terluka. Tapi yang pasti 100% kepercayaan tu boleh diletakkan kepada Allah. Pasti kita tak kan terluka.

Pengajarannya mungkin kita perlu simpan sedikit ragu di dalam hati. Bersedia untuk dikhianati dan disakiti. Jangan terlalu berharap mungkin. Supaya bila terjadi yang tidak di ingini, kita tak kan terlalu sakit dan tak terlalu kecewa. Mungkin.

Hentahlah. Ini sekadar  pengalaman. Sekadar pandangan. Mungkin ada kesilapan aku yang dulu membuatkan kepercayaan ini dikhianati.


Biarlah, aku redha. Supaya segalanya akan dibalas dengan perkara yang baik. Aku percaya Allah sedang merancang sesuatu yang baik dan terbaik untuk aku.



Berharap supaya selepas ini diri ini lebih dihargai bukan dikhianati. 

No comments: