Thursday, December 5, 2013

Rule Number One : SABAR

Bila ujian bertandang kepada hidup kita. kita perlu hadapi dengan sabar.

\

Ye. aku tahu bukan senang untuk sabar. Bila kita berkata "sabarlah", pasti ada segelintir yang berkata "sabar tu ada hadnya"; "ko tak rasa apa aku rasa, ko tak tahu". Sebab saya juga pernah berkata sebegitu pada suatu ketika dahulu. 

kawan-kawan
jum berubah, jum didik diri jadi penyabar. 


Jika sabar itu mudah, pasti ramai yang dapat melakukannya, pasti aman disemua tempat, pasti tiada pergaduhan berlaku.
Sabar itu tiada batasannya. batasnya cuma ada dipintu syurga dalam naungan keredhaanNya.
ingatlah bahawa Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.

ye.aku memang tak pernah rasa apa yang kau rasa tapi pernah ke kau rasa apa yang aku rasa ?
Allah bagi kita ujian yang berbeza sebab kemampuan kita yang berbeza.
Saat ujian itu datang, apabila mereka memberi nasihat "bersabarlah". kita perlu mula cari kekuatan diri. minta pada Allah supaya kita kuat dan redha menghadapi ujianNya demi mnguatkn lagi iman kita. Bukan dengan mencari pelbagai alasan demi ingin menutup hakikat sabar itu.


kau kata aku ni pun bukan baik sangat. ye. aku memang tak sampai tahap itu tapi marilah kita sama-sama kearah kebaikkan itu.

Orang selalu cakap, "dia tengah marah, runsing, fikiran tak menentu sebab tu dia buat macam tu, jangan salahkan dia"
mereka tak pernah salahkan sesiapa, mereka cuma memberi nasihat supaya kita menjadi lebih kuat, menjadi lebih baik. sebab apa? sudah tentu sebab mereka sayang pada kita.

Allah bagi akal pada manusia untuk apa ? untuk berfikir mengikut iman untuk memilih jalan kebaikkan. Bukan untuk disia-siakan saat ujian itu datang. Mahu salahkan siapa jika kita buat kesilapan? aku? ko? atau mereka? mestilah diri kita sendiri. sebab apa? sebab sifat sabar tu tak ada dalam diri kita.


Dengan apa kita nak menahan marah jika bukan dengan sabar ? 
Dengan apa kita ingin menguatkan diri jika bukan dengan sabar ?

Masalah takkan jadi lebih rumit jika kita bersabar dan hati pun akan tenang.
kita cuma boleh berfikir dgn rasional apabila kita dalam keadaan tenang, jadi bersabarlah, baru boleh kita membuat keputusan yang bijak.
Jika ada masalah dan anda menemui jalan buntu, tanyalah Allah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak tahu.


Bersabarlah wahai hati. Rencana Allah itu lebih baik dari rencanamu,jadi tetaplah berjuang dan berdoa hingga kau kan menemui bahawa ternyata memang Allah memberi yang terbaik buat dirimu. Sabar itu indah


jika kita ingin tempat mengadu, mengadulah pada Allah. 
jika kita inginkan nasihat, mintalah pada orang yang boleh dipercayai dan boleh memberi nasihat yang baik. 
tetapi janganlah kita meggunakan medium yang salah. pilihlah medium yang betul. 
ingatlah Allah sentiasa ada dengan kita :))

" Allah did not promise that the way will be easy, but He did promise that He would be with you in every single step of your life as long as you want Him to "


1 comment:

rara said...

Nak jadi org yg kuat besabat