Friday, April 5, 2013

HITAM putih

kehidupan, pasti ada yang hitam dan ada yang putih. setiap manusia ada sejarah hidup masing-masing.


mungkin sekarang dia bertudung, berbaju lengan panjang,bersopan santun tapi mungkin sebalik dari itu dia punya sejarah hitam. atau mungkin kehidupannya penuh dengan warna putih. hanya dia tahu perjalanan hidup dirinya.



dia belajar daripada kesilapan. dari kesilapan itu pula, dia menjadi semakin baik atau mungkin tidak. cuba meninggalkan waktu silam. tapi waktu silam itu terus menghantuinya.bila difikirkan balik, dia rasa tidak perlu untuk melenyapkan terus masa silam sebab masa silam itulah yang mengajar dia erti kehidupan. membuatkan dia ingin perbaiki diri dari masa ke semasa.


tidak ada insan suci yang tidak pernah melakukan kesilapan. dia manusia biasa yang sering alpa dan melakukan kesilapan. dia akan terus berusaha memperbaiki diri. mungkin org sekeliling xpernah perasan akan perubahannya atau mungkin xpernah peduli kerana perubahan yg dilakukan amat sedikit. sikit2 lama2 jadi bukit. bukankah begitu ? berubah walau sedikit tetapi berterusan adalah jauh lebih baik jika berubah secara mendadak tetapi tidak berterusana untuk perbaiki diri.

marilah kita sama2 berubah menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain :)
kita yang menulis kisah hidup kita sendiri dan kita jugalah yang menentukan dimanakah akhirnya kisah dan perjanan hidup ini :)