Monday, September 10, 2012

kejarlah cinta Allah

sebagai manusia pasti kita punya cinta pada pencipta kita. sebagai umat islam pasti kita punya cinta pada Allah. dan sebagai umat islam marilah kita kejar cinta Allah bukan cinta manusia. jika kita mendapat cinta Allah, insyaAllah segala urusan dunia kita dipermudahkan.



manusia pada zaman ini kebanyakkannya mengejar cinta manusia berbanding cinta Allah yang kekal. sanggup berbuat apa sahaja demi kekasih walau cinta itu bukan hak mereka. jika kita kejar cinta Allah. kita tidak akan pernah kecewa kerana Allah itu sangat setia kepada hambaNya jika hambaNya sentiasa mengingati Allah.

 

Allah sentiasa ada untuk hambaNya. jika kita sanggup berkata kepada kekasih kita yang kita sanggup buat apa sahaja demi dia. mengapa kita tidak berkata pada Allah yang kita sanggup buat pada sahaja demi Allah. 
jawapan anda ? adakah anda sanggup tinggalkan kekasih yg tidak halal kepada anda demi Allah ? jika jawapan anda ya. sanggupkah anda berbuat demikian atau hanya sekadar kata2 ? jika jawapan anda tidak, mengapa ? adakah anda tidak mencintai Allah? maafkan saya jika saya tersalah. saya juga manusia biasa. yang banyak kelemahan untuk saya perbetulkan. 

jika kita boleh kejar cinta manusia. mengapa tidak untuk kejar cinta Allah. 

 

kita sebagai manusia sentiasa perlukan Allah. kita sebagai manusia tidak boleh hidup tanpa Allah bukan tanpa manusia 


aku manusia biasa. sedang merenung dimana arah tuju hidup ini. mencari sinar agama. mencari cinta Allah.
semoga aku dan kamu sentiasa mendapat rahmatNya.




No comments: