Friday, February 18, 2011

Dia MUHAMMAD s.a.w

*baru bangun tdo::trus duk dpan laptop::newpost
sempena maulidur rasul ni,aku nak citer ckit tntg NABI MUHAMMAD s.a.w
btulkan aku jika aku salah ok??

BIODATA RINGKAS MUHAMMAD s.a.w

nama::Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

tarikh lahir::subuh hari isnin, 12 rabiulawal bersamaan 20april571masehi (dikenali sebagai tahun gajah ;sempena peristiwa tentera Abraha yang menyerang kota Kaabah

tempat lahir::di rumah Abu Talib,Makkah Al-Mukarramah

nama ibu:: Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

pengasuh pertama:: Barakah Al-Habsyiyah (digelar Ummu Aiman.hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

ibu susu pertama:: Thuwaibah(hamba perempuan Abu Lahab)

ibu susu kedua:: Halimah binti Abu Zuaib AS-Saadiah(lebih dikenali Halimah As-Saadiah.suaminya bernama Abu Kabsyah)

*************
SEJARAH sambutan Maulidurrasul(s.a.w)

Makkah,merupakan Ibu kepada semua Kota(semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain2 kota diseluruh negara islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi,seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3-hijrah,telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah(jilid 2,ms 160) tempat2 yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat nabi(s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau rumah ter sebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran megatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana doa diterima pada waktu tengahhari setiap hari isnin. pendapat beliau ini tercatat di dalam kitab al-Fasi,Shifa' al-gharam(jilid 1,ms199) dan juga kitab2 lain.