Sunday, December 14, 2014

Graduation Day

27 SEPTEMBER 2014

MY GRADUATION DAY
Bachelor of Electronic Engineering(Computer Engineering) with honor

Lambatkan nk update. dah berapa bulan kan. *menguap*
mesti kamu kamu kamu kata dah basi ini semua *ada aku kesah*





ok. cukup la tu aku belanja gambar,

sekarang aku nak bg ucapan *ehem*
aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada semua yang membantu dan bekerjasama dengan aku selama aku menghabiskan pengajian aku ini terutama kepada keluarga aku
kawan kawan aku, 
lecturer. semua la
kalau sebut satu satu
mmg takkan habiskan
*minum milo*

Doa kan pula perjalanan kita semua selepas ini
masih panjang lagi perjalanan ini
:))

*peace yo*

Friday, October 3, 2014

Tupai yang pandai ?



Kita ni tak perlulah berlagak pandai sangat macam tupai. sebab apa saya kata macam tupai. baca ni 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua'


saya bukan nak bercerita tentang tupai. tapi tentang perangai manusia yang berlagak pandai macam tupai. suka mencanang cerita ke sana ke mari, tapi akhirnya malu sendiri.

okey. zaman sekarang ni dah maju, dah canggih so tak payah susah nak reka cerita. semua dah rekod siap2. Zaman tak canggih pun, Allah tu maha melihat. perilaku kita sentiasa diperhati. bila dah kantoi, mula nak menunding jari kat semua orang. nak salahkan semua orang. tapi lupa untuk mencermin diri sendiri.


secara pengajarannya, jangan nak buat jahat sangat, Allah melihat, semua melihat :))

Tuesday, August 19, 2014

PERCAYA

Kadang kita terlalu mempercayai seseorang. Meletakkan segala harapan kepadanya. Betul ke tindakkan tu?

Mungkin betul kalau kita letak kepercayaan 100% pada ibu bapa kita. Adik beradik kita. Tapi zaman sekarang ni, adik beradik, suami isteri pun saling mengkhianati. Apatah lagi jika tiada pertalian darah.


Ntahla. Mungkin ini Cuma sekadar luahan hati. Kadang2 aku rasa tak boleh mempercayai 100% pada seseorang tu sebab diri sendiri juga yang akan terluka. Tapi yang pasti 100% kepercayaan tu boleh diletakkan kepada Allah. Pasti kita tak kan terluka.

Pengajarannya mungkin kita perlu simpan sedikit ragu di dalam hati. Bersedia untuk dikhianati dan disakiti. Jangan terlalu berharap mungkin. Supaya bila terjadi yang tidak di ingini, kita tak kan terlalu sakit dan tak terlalu kecewa. Mungkin.

Hentahlah. Ini sekadar  pengalaman. Sekadar pandangan. Mungkin ada kesilapan aku yang dulu membuatkan kepercayaan ini dikhianati.


Biarlah, aku redha. Supaya segalanya akan dibalas dengan perkara yang baik. Aku percaya Allah sedang merancang sesuatu yang baik dan terbaik untuk aku.



Berharap supaya selepas ini diri ini lebih dihargai bukan dikhianati.