Sunday, August 5, 2012

kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa

wujudnya kita di dunia ini kerana adanya ibu bapa dan izin Allah.
ibu yang mengandungkan  kita selama 9bulan 10hari
ayah pula mencari rezeki untuk membesarkan kita
mereka bersama mengasihi kita dr kita kecil hingga besar
sungguh tidak terhingga jasa mereka kepada kita
bolehkah kita juga seperti mereka ?
menyayangi mereka tanpa berbelah bahagi
mengasihi & berjasa kepada mereka dengan ikhlas 


cuba tanya pada diri sendiri
pernah tak kita menengking atau memarahi ibubapa kita ?
jika tidak
tahniah !
jika pernah
renungkanlah




kita sebagai anak, perlu berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibubapa kita


kadang2 saya terfikir,
bagaimana seorang anak sanggup memarahi ibu bapa mereka sendiri
adakah mereka tidak fikir,
ibu bapa sudah membesarkan kita
telah byk berjasa kepada kita.
jadi, marilah kita sayang ibu bapa kita


fenomena sekarang, 
anak buang ibu bapa
sebab ?
isteri tak suka ?
suami tak suka ?
atau anak2 itu sendiri yang kurang ajar ?

ingatlah !
kalau nak kawen esok 
kita bukan je kawen dgn si DIA je
tapi 'kawen' sekali dengan keluarga si DIA
sila lah paham maksud saya

kita perlu terima keluarga si DIA dengan seadanya

kadang2 saya tengok
mentang2 ko dah kawen, lupa mak bapak
ko ingat bini/laki ko dah bagus sgt la ?
hahhaha

so walau macam mana pun. 
berbuat baik la kepada ibu bapa kita
:)




Friday, July 27, 2012

menjadi yang TERBAIK

sebagai manusia mesti kita selalu inginkan yang terbaik dalam hidup kita. untuk mendapatkan yang terbaik, kita perlu menjadi yang terbaik.

 

kita selalu ingin menjadi yang terbaik dalam semua aspek. manusia adalah sebaik2 kejadian yang Allah cipta.
yang punya akal untuk berfikir. untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk. dari itu barulah kita boleh menjadi yang terbaik.

ye ! manusia tidak sempurna. anda tidak sempurna. saya tidak sempurna. eh! betul ke ? 
fitrah manusia sering melakukan kesilapan. dengan kesilapan itu lah kita perbaiki diri hari demi hari.


tetapi kita boleh cuba untuk jadi sempurna ! perfect ! mesti ada yang tertanya boleh ke kita jadi sempurna? kita cuma manusia biasa. ke bukan ? haha


boleh kalau kita cuba. boleh kalau kita praktik kan ajaran islam yang sebenar,  "practice make perfect !"
kita boleh cuba dan terus mencuba untuk menjadi sempurna dan terbaik dimata Allah. 
menjadi sempurna dan terbaik sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang anak kepada ibubapanya, sebagai seorang pelajar kepada pelajarannya, sebagai seorang kawan kepada kawannya dan sebagainya.


kadang2 memang susah untuk menjadi yang terbaik tetapi berusaha untuk menjadi yang terbaik sebenarnya sudah sangat baik.


marilah kita berusaha untuk menjadi yang terbaik dimata Allah :)

Sunday, July 15, 2012

SALING MEMERLUKAN

sebagai manusia kita saling memerlukan. betul ke ? saya memerlukan awak. awak memerlukan saya. ke bukan ? haha
atau anda semua boleh hidup sorang2 tanpa keluarga. tanpa kawan disisi?


cuba fikir. cuba fikir. dan cuba fikir lagi. haha
dan sebagai manusia kita saling perlu bantu membantu so maknanya kita saling memerlukan la kan ?

oke. kadang2 kita memerlukan seseorang disisi kita. sebagai contoh family dan kawan. untuk kita saling membantu sama lain jika kita punya masalah.



kadang2 juga kita memerlukan seseorang untuk meluahkan sesuatu. kan ? ke bukan ? haha
oke. kadang2 saya cuba untuk simpan semua bende sendiri. konon nak tanggung sendiri la segala stress di hati. tup tup tetbe satu hari meletus, habis la time tu saya cari je sape2 yang agak2 rapat dengan saya dan saya percayakan dia, saya citer habis suma kat dia. haha ! anda pulak macam mana ?


tapi kan kadang2 saya fikir, tempat paling sesuai untuk mengadu adalah mengadu pada Allah. confirm semua tersimpan rapi dan kita akan rasa lega sangat. :) 


dan paling penting. kita memerlukan Allah. kita memerlukan Allah untuk membimbing kita dalam kehidupan. tapi bagaimana ? dengan memahami alQuran, alQuran panduan hidup manusia. jika kita membuat alQuran sebagai panduan hidup kita. insyaAllah segalanya akan baik2 saja. :)


kita hidup kat dunia ni memang saling memerlukan. saya memerlukan awak. awak memerlukan saya.dan ! awak , saya dan semua orang memerluka ALLAH ! :)

siapalah kita tanpa mereka dan ALLAH :)


mari sama2 memperbaiki diri. saya juga manusia biasa. :)