Sunday, May 27, 2012

Wahai Hati


wahai hati bersabarlah dikau dengan ujian dan masalah yang datang. setiap ujian ada penghujungnya. setiap masalah ada penyelesaiannya. tetapi sebelum itu kuncinya adalah SABAR.


Allah memberi kita ujian kerana Dia sayangkan kita. kerana Dia ingat pada kita.


Masalah yang datang supaya kita lebih mengetahui bagaimana ingin berhadapan dengan dunia ini.


ujian dan masalah membuat kita lebih dewasa. membuat kita lebih kuat. membuat kita lebih mengingati Allah.


sabar kuncinya. sabar sebahagian dari iman. tidak rugi orang2 yang sabar.

Hati perlu kuat menghadapi ujian dan masalah supaya diri tidak terpesong kepada perkara negatif.

contoh. "aku stress lah dengan masalah aku ni. sebab 2 aku merokok"
ouch apakah ? so aku xde masalah la ? so aku xstress la ? tapi aku xmerokok.
byk cara lain boleh tangani masalah dan stress. kan ? =.=''
betul ke contoh aku bg ni ? layan jela. hahaha

yang penting. ujian dan masalah itu menentukan di tahap mana keimanan kita. semoga kita dilindungi oleh Allah :)

jika kita ditimpa ujian dan masalah, mintalah bantuan dari Allah. Allah sentiasa ada disisi kita :)


Friday, May 18, 2012

apa yang berlaku ada HIKMAHnya.

18mei2012.jumaat.
test signal dan microp. signal pagi, microp malam. aku wat entry ni lepas dari test signal. aku ingat lepas test, aku boleh rasa lega. tapi sebaliknya. aku rasa kecewa.sanagt tertekan dan sangat kecewa


menangis keseorangan


. aku tak dapat jawab semua soalan test. oke. soalan test senang. kawan2 aku dapat jawab dengan jayanya. tapi aku xdapat jawab. kenapa aku careless sgt ? aku dah study seminggu awal. aku abaikan microp dan aku study hard tuk signal. tapi kenapa jadi cm ni ?

oke cukup ! cukup dengan keluhan !

aku pasti. pasti ada hikmah atas semua ni. mungkin ada salah aku. mungkin juga timbul riak dalam diri aku.
semua yang terjadi ada hikmahnya. kita xboleh sentiasa di atas. mungkin dah tiba masa aku tuk berada di bwah. tapi aku xkan putus asa.

 Allah sentiasa bersama aku.


 mungkin semua ni jadi supaya aku xberasa riak. dan supaya aku merendah diri. supaya aku bermuhasabah diri. supaya aku terus usaha. dan supaya aku xmalas juga =.=''


gagal sekali xsemestinya dunia berakhir azilah. teruskan usaha. minta bantuan daripada Allah. :)


mood : motivasi diri sendiri

Tuesday, May 15, 2012

berSYUKUR


15MEI2012:SELASA.
MAJLIS ANUGERAH KEPUJIAN DEKAN FKEKK UTeM

saya adalah salah satu penerima.
Alhamdulillah :)
aku bersyukur kepada Allah atas segala ni, semua ni atas bantuan Allah juga disamping aku berusaha.
oke. ni sem lepas ok. tahun 2, sem 1. untuk sem 2. aku dapat merasakan kejatuhan aku apabila mendapat carry mark yg tuuuttttttt =.=''
oke. sebagai manusia, biasa ye kalau sekejap kita di atas, sekejap di bawah. yela, ada org kata. hidup ni macam roda. sekejap di atas dan sekejap di bawah. so aku redha. aku pasrah. ceyt ayat ! haha
aku bersyukur dengan apa yang aku ada walau kadang2 aku xde pape pun =.=''
sebagai manusia, aku anggap sem ni yg jatuh ni sebagai ujian daripada Allah untuk aku. supaya aku xterlalu selesa ditempat aku sekarang.supaya aku akan terus berusaha untuk berjaya dimasa hadapan. aku hamba. hamba Allah. selayaknya aku diperlakukan seperti hamba. jangan megeluh, terus usaha. berdoa. dan tawakal. semoga Allah sentiasa berada disisi kita :)

jum tengok pic !


ni sijil dekan. ada tertulis nama aku. sijil ni nipis, aku pegang dan kene tiup angin, dah renyuk =.=''

sijik aku satu je. lagi dua pinjam aina n dee. :P

bergambar bersama dekan :)

bergambar bersama ketua jabatan :)

bergambar beramai2 warga BENC

ni budak kelas aku. 2BENC

sekian

p/s: semoga kita semua terus berusaha dan berjaya chaiyok !