Friday, June 7, 2013

katakan TIDAK kepada PUTUS ASA!


Allah SWT menjadikan kegagalan dan pelbagai kesusahan lain sebagai ujian kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT: Demi sesungguhnya Kami akan menguji dengan sedikit perasaan takut, kelaparan dan berlaku kekurangan harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah, ayat 155)


Firman Allah SWT: Wahai anakku, pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah, sesungguhnya tidak berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir. (Surah Yusof, ayat 87)


jika kita punya masalah, jangan putus asa. berusaha selagi mampu. sesungguh Allah itu beri ujian sesuai dengan kesanggupan hambanya. berdoalah kepada Allah semoga dipermudahkan :) 


bersangka baik pada Allah
senyum lebar lebar 

Wednesday, June 5, 2013

Pengembaraan Mencari Tuhan

Dia hanyalah manusia biasa. Tiada apa yang istimewa. Dahulu dia seorang yang pendiam. Lama kelamaan dia belajar menjadi seorang yang periang. Dia mula senang dengan sifatnya yang periang. Dengan sifat itu, dia mudah mendapat kawan. Mungkin dia sudah bosan menjalani hidup seorang yang pendiam. Dia terlalu alpa dengan nikmat kehidupan ini sehingga dia lupa nikmat yang dia kecapi adalah pinjaman sementara oleh Allah. Dia lupa menjadi seorang pendiam itu lebih baik dari berkata2 tentang perkara yang tiada faedahnya.

Sehingga satu saat bila syaitan berjaya bertakhta di hati, dia lupa apa itu dosa dan apa itu pahala. Dia tahu akan hukum agama, tetapi dia tidak peduli. mungkin dosa sudah mula menebal di hati. bertahun-tahun dia hidup dalam dosa.

Solat. Tiang agama.
tetapi dia solat dalam keadaan tidak kusyuk. dia solat pada akhir waktu. lama kelamaan solat itu tinggal sejarah. kini dia tidak peduli lagi sama ada dia solat atau tidak.


Maksiat. pemusnah akhidah
Dia telah biasa membuat maksiat. maksiat itu seperti makanan hari2 untuknya. ye. jika tidak menjaga solat, maka akhidah pun musnah dan maksiat berleluasa.

Suatu hari, dia bermimpi. mimpi yang sangat mengerikan.
dia mula tersedar. imannya makin nipis. dia tersedar dari tidur lena yang panjang. dia sedar bertahun2 dia hidup dalam dosa. entah bagaimana dan mengapa, dia berasa sudah tiba masanya untuk berubah.

hati itu Allah yang pegang. hari ini dia mendapat hidayah. dia akan terus mencari hidayah itu.


namun bukan mudah untuk berubah. sekali lagi syaitan berjaya menghasutnya. ternyata imannya lemah.
dia kembali hidup seperti dulu.

tetapi ternyata Allah itu maha pemurah dan maha penyayang. dia diberi hidayah sekali lagi. dan kali ini dia nekad untuk berubah. dia takut, hidayah kali ini adalah hidayah yang terakhir. dia nekad untuk mencari tuhan.


dia perlu bermula dari awal iaitu solat. dia perlu menjaga solat. seterusnya membaca alQuran dan maksudnya.

kini dia sedar bahawa Allah itu maha penyayang. walau dia telah banyak berbuat dosa tetapi Allah mahu dia bertaubat sebelum dia mati. dia bersyukur, dia diberi hidayah sebelum dia pergi buat selamanya. dan dia perlu meneruskan pengembaraannya untuk mencari tuhan.

Thursday, May 30, 2013

STUDY WEEK MOOD

lagi beberapa hari nak study week. lepas tu final. yeay! tapi assignment melambak2 xsiap lagi. macam biasa lah. bila akhir sem je, stress memanjang. terasa hati memanjang. dan jerawat pun tumbuh dengan pesatnya kat muka. akhir2 sem ni la segala macam muka boleh tengok aku habaq hang, haha
muka masam mencuka, muka nak telan orang, everything la. lepastu ada la jugak yg duk pot pet pot pet cakap penatlah buat assignment, xtdo seharian. lepas subuh baru tido, macam dia sorg je buat keje kan. *sila terasa. haha.kadang2 kita rasa kita sorg je byk wat keje, mula la nak merungut buat keje sorg la. padahal kawan tu tolonglah jugak walau ckit kan. cuba lak kene kat diri sendiri, yg kawan tu duk buat sorg2 keje, diri sendiri xtolong pape, ada rasa pape? rasa bersenang lenang. *dush dush. amek kaw haha. *sila terasa lagi. haha

kadang2 tu, kawan2 tegur, buat muka masam macam nak makan org je gamaknya, kalau rasa masa2 macam ni xnak org ganggu. sila buat macam ni


ok. aku tahu kau xnak diganggu. bla sekarang, haha *sila terasa lagi

sempena nak study week ni. semoga jgn stress dan belajar bersungguh2 utk final ok.
senyum lebar lebar :)))
senyum tu kan sedekah. dapat pahala kan . xsusah pun nak senyum. xkeluar duit pun :P

nota kaki: segala coretan adalah berkaitan diri aku sendiri. gmbar pun diri sendiri. tgk muka berjerawat. haha :P