Sunday, November 4, 2012

MENCUBA

aku bukanlah seorang muslimah yang terbaik. banyak lagi kelemahan ada pada diri aku. tapi insyaAllah aku akan cuba untuk menjadi yang terbaik :)


jika ada orang tanya pada ku. adakah aku cinta pada Allah.
jawapan aku, mungkin aku belum mencintai Allah sepenuh hatiku kerana tingkah laku ku belum sempurna seperti mana yang digariskan. tetapi aku ingin dan terus mencuba untuk mengejar cinta itu. menjadi muslimah yang sempurna. :)


sebagai umat islam, mari sama2 kita kejar cinta Allah :)



ya Allah, aku manusia biasa. sering alpa dan hanyut dalam dunia ini. semoga hatiku sentiasa bersama MU. semoga aku boleh menjadi muslimah yg terbaik dan anak yg solehah.
ampunilah hambaMU ini :'(

amin :)

Monday, October 15, 2012

Pergi tak Kembali

Pergi tak kembali
ye. setiap manusia dalam dunia ini akan pergi buat selamanya.
setiap orang akan mnghadapinya
dunia yang fana akan ditinggalkan
yang dibawa hanyalah amalan kita


maka dengan itu, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapinya
bagaimana ?


dengan membaiki hubungan antara kita dengan Allah.
dengan bebuat apa yg disuruh Allah dan meninggalkan apa yg dilarang.




setelah kita pergi. semua amalan kita akan terputus kecuali 3perkara.
iaitu
1. sedekah jariah
2. ilmu yg berguna dan bermanfaat kepad org lain
3. doa anak yg soleh

refer link ini untuk makluman lanjut ----> amalan yg dibawa selepas mati

kita sebagai manusia biasa, byk kelemahan yg perlu diperbaiki
semoga kita sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian.

ya Allah, aku ingin menjadi anak yg solehah yg sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan ayahku disana
semoga ayahku ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.amin


meniti hari2 mendatang tanpa seorang ayah.
betapa beratnya hati ini menanggung
ya Allah ajarkan aku erti redha atas segala yang telah Engkau tetapkan


Monday, September 10, 2012

kejarlah cinta Allah

sebagai manusia pasti kita punya cinta pada pencipta kita. sebagai umat islam pasti kita punya cinta pada Allah. dan sebagai umat islam marilah kita kejar cinta Allah bukan cinta manusia. jika kita mendapat cinta Allah, insyaAllah segala urusan dunia kita dipermudahkan.



manusia pada zaman ini kebanyakkannya mengejar cinta manusia berbanding cinta Allah yang kekal. sanggup berbuat apa sahaja demi kekasih walau cinta itu bukan hak mereka. jika kita kejar cinta Allah. kita tidak akan pernah kecewa kerana Allah itu sangat setia kepada hambaNya jika hambaNya sentiasa mengingati Allah.

 

Allah sentiasa ada untuk hambaNya. jika kita sanggup berkata kepada kekasih kita yang kita sanggup buat apa sahaja demi dia. mengapa kita tidak berkata pada Allah yang kita sanggup buat pada sahaja demi Allah. 
jawapan anda ? adakah anda sanggup tinggalkan kekasih yg tidak halal kepada anda demi Allah ? jika jawapan anda ya. sanggupkah anda berbuat demikian atau hanya sekadar kata2 ? jika jawapan anda tidak, mengapa ? adakah anda tidak mencintai Allah? maafkan saya jika saya tersalah. saya juga manusia biasa. yang banyak kelemahan untuk saya perbetulkan. 

jika kita boleh kejar cinta manusia. mengapa tidak untuk kejar cinta Allah. 

 

kita sebagai manusia sentiasa perlukan Allah. kita sebagai manusia tidak boleh hidup tanpa Allah bukan tanpa manusia 


aku manusia biasa. sedang merenung dimana arah tuju hidup ini. mencari sinar agama. mencari cinta Allah.
semoga aku dan kamu sentiasa mendapat rahmatNya.