Thursday, June 14, 2012

M U S I B A H

musibah. masalah atau ujian yang datang pada manusia. jika tidak ditangani dengan baik, manusia itu boleh tertekan. betul ? sebab saya kadang2 pun stress dengan semua musibah yang datang. sejak akhir2 ni. satu demi satu musibah datang pada saya. 


musibah. musibah. musibah. oke ! korang pernah tak mengeluh bila ditimpa musibah ? apa ? xpernah ? wow! anda seorang yang hebat ! :D clap clap clap. goodjob :)

saya manusia biasa. lemah. sedang dan masih mencari hala tuju hidup. yang sedang berusaha menjadi seorang hamba Allah yang baik dan terbaik :)

apabila ditimpa musibah. hidup menjadi tidak tenang seperti sedang lemas dilautan dalam tanpa pertolongan.  tapi kita lupa yang Allah ada. memang hidup ini tidak pernah sepi daripada ujian dan dugaan. tetapi apabila dugaan datang bertimpa2, kita jadi alpa. mengeluh. bertanya mengapa ini semua berlaku pada kita sehingga kita lupa ujian dan dugaan itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.


apabila kita ditimpa musibah. kita hendahlah bersabar, redha dan percaya yang segala yang berlaku ada hikmahnya.


ingatlah :


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 286)

dan ingatlah :

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka ia adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (daripada kesalahan-kesalahanmu)."
(Surah Asy-Syuura 42: Ayat 30)

ye ! mungkin musibah yang datang disebabkan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. oleh itu marilah bertaubat. 
Terdapat tiga rukun dalam melakukan taubat nasuha. Pertama, menyesali atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Kedua, berhenti daripada melakukan perbuatan dosa-dosanya itu. Ketiga, berazam (tekad yang kuat) untuk tidak akan mengulangi lagi dosa-dosa tersebut di masa akan datang

BERSANGKA BAIK PADA ALLAH :)






Sunday, May 27, 2012

Wahai Hati


wahai hati bersabarlah dikau dengan ujian dan masalah yang datang. setiap ujian ada penghujungnya. setiap masalah ada penyelesaiannya. tetapi sebelum itu kuncinya adalah SABAR.


Allah memberi kita ujian kerana Dia sayangkan kita. kerana Dia ingat pada kita.


Masalah yang datang supaya kita lebih mengetahui bagaimana ingin berhadapan dengan dunia ini.


ujian dan masalah membuat kita lebih dewasa. membuat kita lebih kuat. membuat kita lebih mengingati Allah.


sabar kuncinya. sabar sebahagian dari iman. tidak rugi orang2 yang sabar.

Hati perlu kuat menghadapi ujian dan masalah supaya diri tidak terpesong kepada perkara negatif.

contoh. "aku stress lah dengan masalah aku ni. sebab 2 aku merokok"
ouch apakah ? so aku xde masalah la ? so aku xstress la ? tapi aku xmerokok.
byk cara lain boleh tangani masalah dan stress. kan ? =.=''
betul ke contoh aku bg ni ? layan jela. hahaha

yang penting. ujian dan masalah itu menentukan di tahap mana keimanan kita. semoga kita dilindungi oleh Allah :)

jika kita ditimpa ujian dan masalah, mintalah bantuan dari Allah. Allah sentiasa ada disisi kita :)


Friday, May 18, 2012

apa yang berlaku ada HIKMAHnya.

18mei2012.jumaat.
test signal dan microp. signal pagi, microp malam. aku wat entry ni lepas dari test signal. aku ingat lepas test, aku boleh rasa lega. tapi sebaliknya. aku rasa kecewa.sanagt tertekan dan sangat kecewa


menangis keseorangan


. aku tak dapat jawab semua soalan test. oke. soalan test senang. kawan2 aku dapat jawab dengan jayanya. tapi aku xdapat jawab. kenapa aku careless sgt ? aku dah study seminggu awal. aku abaikan microp dan aku study hard tuk signal. tapi kenapa jadi cm ni ?

oke cukup ! cukup dengan keluhan !

aku pasti. pasti ada hikmah atas semua ni. mungkin ada salah aku. mungkin juga timbul riak dalam diri aku.
semua yang terjadi ada hikmahnya. kita xboleh sentiasa di atas. mungkin dah tiba masa aku tuk berada di bwah. tapi aku xkan putus asa.

 Allah sentiasa bersama aku.


 mungkin semua ni jadi supaya aku xberasa riak. dan supaya aku merendah diri. supaya aku bermuhasabah diri. supaya aku terus usaha. dan supaya aku xmalas juga =.=''


gagal sekali xsemestinya dunia berakhir azilah. teruskan usaha. minta bantuan daripada Allah. :)


mood : motivasi diri sendiri