Thursday, May 10, 2012

berKEKALan kah?

apa yang berkekalan ni ? biasanya kalau sebut je tentang berkekalan pasti orang akan fikir tentang perhubungan. betul ke ? =.='

di sini saya ingin menyentuh tentang hubungan persahabatan. adakah persahabatan akan kekal ? berapa lama ?
'biarlah kita bersahabat sehingga ke syurga'
semoga kita mempunyai sahabat yang sejati. yang menegur apa yg salah, bukan mengiakan semua kesalahan kita.


saya percaya, kita sebagai manusia mempunyai ramai sahabat. ramai kawan. dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrik, universiti dan seterusnya. tapi adakah setiap persahabatan yang kita jalinkan akan terus kekal ? jika sekarang kita di alam kampus, adakah sahabat kita yang lapan tahun lepas tetap sama ? tetap terjalin persahabatan tersebut ? apabila lama xberjumpa, apabila ia bermula semula, benar2kah ia tidak akan terputus kembali ? pendapat anda ?


semakin dewasa kita, semakin matang kita, pasti semua akan berubah. dan oleh itu kita perlu sentiasa update tentang kawan2 kita. saya ada sahabat dari tadika hingga sekarang. kami masih berkawan rpat dan update satu sama lain. dan ! kita perlu terima kekurangan dan kelebihan sahabat kita.

saya juga ada sahabat yang dulunya rapat tetapi sekarang, buat hal masing2. ada jugak dulu cuma pandang dari jauh tetapi sekarang rapat. semasa kecil dan ketika dewasa, berbeza.


tidak semestinya sahabat kita yang dulu sentiasa ada dgn kita, yang mngelap muka kita jika ada comot coklat atau eskem ketika kita kecil akan berbuat demikian juga pada masa sekarang, mungkin juga dia akan mentertawakan kecomotan kita masa sekarang.

kawan. kita pernah berkawan satu ketika dulu
tetapi ia tidak bermakna kawan itu akn memahami kita pada masa kini
kita sentiasa berubah

kawan. semoga kita sentiasa kekal bersahabat hingga jannah :)

Wednesday, May 9, 2012

EMOSI

emosi ? apa tu ? =.='' emosi itu adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan - perasaan mereka.
ok. emosi anda sekarang bagaimana ? gembira ? sedih ? emo ?
ha ! biasa la kalau anda dgr je emo ni, apa anda pk ?


contoh : ' ok aku emo seketika malam ni '. kalau saya la, saya akan pk, budak ni tgh sedih ni. emosi terlebih2. ke bukan ? ke korang suma pk, budak ni tengah hepi ni. bla bla bla. hahah =.=''


emosi ni sgt sinonim dengan manusia. ke bukan ? =,='' sangat menipu kalau anda kata bukan.
Allah anugerahkan kite dengan pelbagai emosi. ada masa kita sedih, ada masa kita gembira. TAPI ! jangan berlebihan. kalau sedih dan gembira biarlah sekadar sahaja. *paham x ayat saya 2? maksudnya. sederhana =.=''

dan ! sila ingat ye, kadang2 kita tidak sentiasa diatas, hidup kita ibarat roda, kadang di atas dan kadang di bawah. jika kita berada di atas, emosi kita pasti gembira, suka, bahagia *perhaps tetapi jangan la kita lupa, yang memberi itu Allah. maka hendakla kita bersyukur :)

dan ! jika kita berada dibawah, emosi kita pasti xstabil. sedih, duka. ke anda gembira =.='' tpu !
jika terjadi perkara ini, hendak la kita redha. Allah itu maha mngetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA. pasti ada hikmah atas apa yang terjadi.


dengan ini. mari la bersama mengawal emosi =.=''
oke. marilah kita bersama perbaiki diri kearah lebih baik






Saturday, May 5, 2012

CINTA

saat ini saya ingin membincangkan tentang cinta. *membincangkan ? ayat xley bla. haha
hari tu ada la sorg member saya ni duk tanya apa yang saya tahu tentang cinta. so saya nak bagi sedikit pendapat la tentang cinta ni.


cinta adalah sebuah emosi dari kasih sayang yang kuat dan ketertarikan peribadi.
korang paham ke ? lebih ringkas, korang tertarik kepada peribadi seseorang dan lahirnya kasih sayang yg kuat. errrr =.=''
cinta ni ada pelbagai konteks. ok kenapa saya berkata demikian. sebab cinta ni bukan hanya untuk disalurkan kepada manusia saja. tetapi kepada semua makhluk Allah dan Allah. sebagai contoh cinta pada binatang peliharaan dan sebagainya. =.=''

kebiasaannya la. kalau sebut pasal cinta, majoriti remaja akan berfikir tentang sepasang kekasih. ke bukan ? =.=''
tapi kita boleh juga cinta pada Allah. dan sebagainya. betul x?
cinta itu fitrah manusia. satu perasaan yang indah dan suci yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita. tapi persoalannya bagaimana kita pelihara cinta itu akan terus suci ? cinta yang suci, cinta yang kekal abadi, adalah cinta Allah.

 Allah sentiasa mencintai kita. bagaimana pula kita mencintai Allah ? ----> berbalik pada diri sendiri.

semoga cinta kita pada landasan yang betul :)
renungkan lah.



CREDIT TO : AINOL FAEZ