Friday, March 9, 2012

Remaja & Cinta

C.I.N.T.A ---> sayang, suka, minat, tangkap cintan. haha. ada tak istilah lain ?
kebiasaannya CINTA sangat sinonim dengan REMAJA. ke tak ? haha. ni pendapat saya la kan.


kenapa pulak saya tetbe update tentang remaja dan cinta ? sebab lately ni saya selalu sangat baca status kawan saya yang tengah frust putus cinta. kalau sekejap tak pe. ni berlarutan. dan dia macam sgt mengagungkan bekas kekasihnya itu. =.=''

remaja dan cinta, bagai isi dan kuku, seperti tidak boleh dipisahkan. kalau dah nama remaja ' surely have an experience about love ! betul ke ? =.=''

namun adakah kita benar2 faham erti cinta ?
atau hanya berlandaskan nafsu sahaja ? ---> berbalik pada diri sendiri juga

kadang2 saya tak faham kenapa mesti merintih dan merayu pada yang tak sudi . kalau sidia taknak kat kite, buat apa kite nak kat dia. bagi saya, kite perlu sayang pada orang yang sayang kita. bukan pada orang yang kita sayang. haha ayat !



dan lagi bagus kalau kita cinta pada Allah. ---> berbalik pada diri sendiri juga
cinta yang abadi, cinta yang tidak akan dikhianati. cinta yang membawa ke syurga. :)


nota kaki :: lama tak update blog sbb sekarang dah start kuliah :)


Sunday, February 12, 2012

FASHION & ISLAM

fashion . ok . jika ditanya kepada masyarakat tentang fashion, pasti ramai akan terbayangkan tentang pakaian . cara si pemakai menggayakan pakaiannya. ke bukan ? haha
sekarang , fashion semakin berkembang dikalangan masyakarat. fashion selendang la, baju la, legging la. macam2 lagi.
pendapat saya, dan percaya juga pendapat ramai sebagai seorang islam bahawa tak salah berfesyen asalkan mengikut hukum syarak. kan ?
tapi ! sejauh mana kita mengikut hukum syarak itu ? mengikut peraturan islam itu ? sebagai seorang islam, kita wajib menutup aurat. tetapi fesyen sekrang, adakah menutup aurat atau membalut aurat ?

ok ! sebagai contoh : pemakaian legging dikalangan wanita yang bertudung. adakah mereka menutup aurat ?


saya nak kongsi tentang menutup aurat dalam konteks islam(pakaian)


sebagai wanita islam, kita perlu pakai pakaian yang longgar dan tidak jarang dan menutupi semua tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan seperti dinyatakan digambar atas ini.
ok ! saya ulangi ! pakai pakaian yang longgar! maksudnya tak ketat. tapi pemakaian legging adalah ketat, adakah menutup aurat ?

kita tak wajib pakai tudung tetapi WAJIB TUTUP AURAT ! jum sama2 perbaiki diri dan menutup aurat :)

memang tak salah berfesyen tetapi berfesyen la mengikut hukum syarak sebagai umat islam.

GIRLS PLEASE PUT ISLAM FIRST BEFORE FASHION ! :)

nak tahu lebih lanjut tentang aurat wanita megikut alQuran dan Hadis ? <---- klik disitu :)

Tuesday, February 7, 2012

KASIH SEORANG AYAH

ayah. seorang yang mencari rezeki buat keluarga, memastikan keluarganya dalam keadaan selamat. kasih dan sayang nya terhadap anak anak tiada berbelah bahagi walau kadang kadang beliau tidak menzahirkannya. adakah kasih dan sayang kita sama seperti mereka mengasihi kita ?


aku nak kongsi sebuah cerita tentang ayah aku sendiri.

malam tadi, aku tidur agak lewat sekitar pukul 1230am. masa tu aku baru terlelap. so tak lena sangat la. tetiba aku tersedar ayah aku datang, tapi aku buat tak tahu jela. rupanya ayah aku pasangkan ubat nyamuk. dia tengok-tengok kat aku ada nyamuk ke tak. lepas tu dia pergi kat adik aku pulak, aku nampak la dia pukul kan nyamuk kat kaki adik aku.

serius aku rasa sedih n terharu giler. korang pernah tak, parents korang dah tidur, korang g check, dah pasang ubat nyamuk ke belum, ada nyamuk ke tak. pernah tak ?

umur aku dah 21tahun tapi ayah aku still jaga aku sampai macam tu. ye ! selama ni maybe dia tak tunjuk kat kami macam mana betapa dia sayang kami. atau maybe kami yang tak nampak :(


aku tertanya adakah 21tahun aku hidup ni, aku ada menggembira kan beliau ? aku tak dapat ingat pun apa yang aku buat tuk hepi kan beliau. so aku berazam nak belajar bersungguh2 then berjaya, nak jaga parents aku. aku nak berubah kearah kebaikkan. patuh pada agama, pada perintah Allah supaya ayah aku gembira bahawa dia berjaya mendidik anaknya. suapaya aku tidak menyalurkan sebarang dosa kepada ayah aku. :(

JUM SAMA2 BERBAKTI KEPADA IBUBAPA KITA :)

insyaAllah.

AZILAH SAYANG EN. OTHMAN !