Saturday, February 4, 2012

SENYUM

apa itu senyum ? masa korang baca entry ni sila la senyum sepanjang masa sehingga habis entry ni. boleh ? :) *dah macam org gile pulak senyum depan laptop sorang2 haha :P

senyum itu adalah riak wajah yang ditunjukkan oleh manusia biasanya ketika gembira. tapi ada jugak orang tersenyum disebabkan ingin menutup luka dihati :)
korang pun tahu senyum tu banyak maksudnya dan sebabnya kan. macam senyum sebab gembira, bahagia, memberi persetujuan, tanda keyakinan diri dan sebagainya.
Rasulullah pun pernah berkata "senyum kepada saudaramu adalah sedekah" :)


kajian sains pun mengatakan semasa seseorang itu senyum, 16 otot muka digerakkan untuk membentuk senyuman manis berbanding 43 otot digunakan apabila seseorang itu masam. ha ! so sila senyum selalu ok ! awet muda ! haha. :P

senyum juga dapat mengubah mood seseorang. ha ! mana la tahu, kawan korang tgh masam je, korang senyum, mesti dia pun nak senyum. hehe :P
senyum juga tanda ketabahan taw ----> dalam senyum ini, ada tangisan. tangisan seorang insan terluka lalala. haha :P



Thursday, February 2, 2012

MATANG

since umur saya dah 21tahun. tetiba pulak nak buat entry pasal MATANG. *poyo la ko zila. haha
ada aku kesah ? =.=''

pendapat korang la matang tu macam mana ?

pakai high heel shoes ? (ni sbb ada orang cakap kat aku, pakai sneakers macam2 budak2 =.= tahu la aku xpandai pakai high heel shoes)


pakai baju yang ala2 mak datin ?


buat muka serius sepanjang masa ?


ok2 ! mengarut je atas 2. haha

be serious from now on !

nak kongsi pendapat ni tentang matang. pendapat saya la :

1.dapat bersabar dan bertenang sekiranya hajat tidak tercapai.
korang cool je kalau impian, target korang tak tercapai. korang terima dengan hati terbuka. korang fikir ini semua ujian Allah. mungkin aku perlu lebih kan usaha.

2.mampu menyembunyikan perasaan luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku seperti biasa.
ha ! yang ni kalau korang rasa hati, kecil hati, marah kat seseorang dalam sesuatu kumpulan, korang bertindak rasional. tak da la tetbe korang mengamuk. korang pretend to be ok n calm down je depan kumpulan korang.. :)

3.tidak rasa iri hati apabila orang lain dipuji dan disanjung
OK ! korang ada tak rasa cemburu bila orang lain lebih dari korang ? mesti ada ni ? haha
kalau ada orang lain yang berada diatas korang, dipuji, disanjung. korang tak kan rasa cemburu malah korang akan memperbaiki diri korang untuk menjadi yang lebih baik. :)

4. boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang yang tidak sukai.
ha ! walau korang tak suka seseorang tu, korang boleh berkawan dgn dia, boleh bekerjasama dengan dia tanpa sebarang masalah. :)

5.memberi persetujuan kepada pendapat yang memberi kebaikan walaupun sebenarnya tidak setuju dengan senang hati.
walaupun sebenarnya korang tak suka dengan sesuatu pendapat tetapi sebenarnya pendapat tersebut boleh membawa kebaikan, korang boleh memberi persetujuan dalam kumpulan itu dengan senang hati walaupun pendapat korang di tolak !

6.dapat menerima kritikan atau salah faham orang lain tanpa membesar-besarkannya.
korang dapat menerima kritikan dan salahfaham daripada orang lain dengan keadaan yang tenang tanpa perlu membesarkan hal tersebut.

sampai sini jela pendapat saya. pendapat korang ? bila korang baca entry ni, agak2 korang matang tak ?

sejujurnya. saya tak matang lagi. perangai saya macam2 budak2 ---> kawan2 saya cakap la.

notakaki : insyaAllah jum kita sama2 perbaiki diri kearah yang positif :)



Wednesday, February 1, 2012

KUCING

aigoooo. kenapa tetbe entry pasal kucing ni ?

=.= ok ! sukati aku la kan ? HAHA <--- gelak ja-at.
ada tak sape2 kat sini tak suka kucing ? geli dengan kucing ? aku aku aku ! (sambil angkat tangan). aku suka kucing. comel kot kucing tapi aku geli dengan kucing terbiar *ulangan ! aku geli dengan kucing TERBIAR ! *kira entry ni berbalik pada diri aku la kan. aigoooo.

korang tahu tak KUCING ni binatang kesayangan nabi taw ! kalau nak tahu kisah2 kucing binatang kesayangan nabi. korang pergi tanya pakcik google la. erk =.=
*baik ko tak payah buat entry ni.

ok ! korang tahu tak kucing ni binatang pembersih ? hello ! ye ! kucing binatang PEMBERSIH ! *dah 2 kenapa ko geli dengan kucing terbiar ?
errr =.=''

ha ! nabi menekankan didalam hadisnye bahawa kucing tidak najis dan boleh berwudhuk dengan menggunakan air bekas minuman kucing.----> pada permukaan lidah kucing dilapisi dengan benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk seperti kikir atau gergaji. bentuk ini sgt berguna untuk membersihkan kulit.
ok ! ketika kucing minum, tidak ada setitik air yg akan jatuh dari lidahnya.
permukaan lidah kucing yang kasar membolehkan kucing membuang bulu2 yang mati dan membersihkan bulu2 yang tersisa di badan mereka. woa :O canggihnya !


actually aku buat entry ni sebab aku tengok kat asrama aku 2 banyak sangat kucing terbiar. mana datang erk kucing2 ni ? mesti ada orang yang buang. ke bukan ? ahaha
then ada la gak orang buang kucing kat rumah aku. hello ! tahu la ayah aku suka kucing ! haha


kenapa nak aniaya kucing ? buang mereka ? kalau tak nak bela. tak payah bela dari awal. senang kan ? kesian aku tengok taw.

lagipun kita tak boleh berlaku zalim dengan binatang. even though anjing taw !

notakaki : aku ada 3 ekor kucing yang sangat comel ok ! :)