Monday, March 23, 2015

Engagement + Wedding

Pictures Worth 1000 Words

Engagement 25/12/2014











Solemnization 14/3/2015












Reception 15/3/2015










Terima kasih kepada yang membantu menjayakan majlis saya
Family
Sanak Saudara
Kawan Kawan

Terima kasih kepada yang hadir memeriahkan majlis saya

:))

Thursday, January 22, 2015

HATI

Semoga ada sesuatu di sebalik semua ini.

Semoga muncul pelangi yang indah selepas ini.

Semoga semakin tebal rasa syukur dalam hati.

Syukur dengan apa yang di beri depan mata dan yang digenggam erat dalam tangan.

Semoga jangan pernah ada segelumat sikit pun perasaan kecewa dan putus asa.

Kerana perjalanan ini masih panjang untuk berputus asa.

Semoga perbanyakkan lagi doa. Memohon untuk lebih mensyukuri nikmat yang diberi.

Semoga doa itu lebih bersungguh-sungguh supa didengari dan dimakbulkan.

Tapi ingat tak semua yang kita inginkan akan menjadi kenyataan.

Ini kerana dalam kehidupan sebenar, tidak semua berlaku mengikut kehendak kita.

Semoga kita ingat Allah itu maha mengetahui.

Dia adalah sebaik-baik perancang perjalanan hidup ini.

Ingat, Allah tidak beri apa yang kita mahu tapi Allah beri apa yang kita perlu.

Semoga kita sentiasa bersangka baik pada Allah


Ya Allah, moga hati ini redha
Redha atas setiap inci sisi yang terjadi.

*senyum lebar-lebar :))

Sunday, December 14, 2014

Graduation Day

27 SEPTEMBER 2014

MY GRADUATION DAY
Bachelor of Electronic Engineering(Computer Engineering) with honor

Lambatkan nk update. dah berapa bulan kan. *menguap*
mesti kamu kamu kamu kata dah basi ini semua *ada aku kesah*





ok. cukup la tu aku belanja gambar,

sekarang aku nak bg ucapan *ehem*
aku nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada semua yang membantu dan bekerjasama dengan aku selama aku menghabiskan pengajian aku ini terutama kepada keluarga aku
kawan kawan aku, 
lecturer. semua la
kalau sebut satu satu
mmg takkan habiskan
*minum milo*

Doa kan pula perjalanan kita semua selepas ini
masih panjang lagi perjalanan ini
:))

*peace yo*

Friday, October 3, 2014

Tupai yang pandai ?



Kita ni tak perlulah berlagak pandai sangat macam tupai. sebab apa saya kata macam tupai. baca ni 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua'


saya bukan nak bercerita tentang tupai. tapi tentang perangai manusia yang berlagak pandai macam tupai. suka mencanang cerita ke sana ke mari, tapi akhirnya malu sendiri.

okey. zaman sekarang ni dah maju, dah canggih so tak payah susah nak reka cerita. semua dah rekod siap2. Zaman tak canggih pun, Allah tu maha melihat. perilaku kita sentiasa diperhati. bila dah kantoi, mula nak menunding jari kat semua orang. nak salahkan semua orang. tapi lupa untuk mencermin diri sendiri.


secara pengajarannya, jangan nak buat jahat sangat, Allah melihat, semua melihat :))

Tuesday, August 19, 2014

PERCAYA

Kadang kita terlalu mempercayai seseorang. Meletakkan segala harapan kepadanya. Betul ke tindakkan tu?

Mungkin betul kalau kita letak kepercayaan 100% pada ibu bapa kita. Adik beradik kita. Tapi zaman sekarang ni, adik beradik, suami isteri pun saling mengkhianati. Apatah lagi jika tiada pertalian darah.


Ntahla. Mungkin ini Cuma sekadar luahan hati. Kadang2 aku rasa tak boleh mempercayai 100% pada seseorang tu sebab diri sendiri juga yang akan terluka. Tapi yang pasti 100% kepercayaan tu boleh diletakkan kepada Allah. Pasti kita tak kan terluka.

Pengajarannya mungkin kita perlu simpan sedikit ragu di dalam hati. Bersedia untuk dikhianati dan disakiti. Jangan terlalu berharap mungkin. Supaya bila terjadi yang tidak di ingini, kita tak kan terlalu sakit dan tak terlalu kecewa. Mungkin.

Hentahlah. Ini sekadar  pengalaman. Sekadar pandangan. Mungkin ada kesilapan aku yang dulu membuatkan kepercayaan ini dikhianati.


Biarlah, aku redha. Supaya segalanya akan dibalas dengan perkara yang baik. Aku percaya Allah sedang merancang sesuatu yang baik dan terbaik untuk aku.



Berharap supaya selepas ini diri ini lebih dihargai bukan dikhianati. 

Friday, June 13, 2014

Remainder

Dear Azilah. this post just to remind you about the future.
if you have son/daughter, please take a photo every moments of their life. 
make sure you create an email under their name and upload all the photo into that email. 
one day, when they are growth enough, give them that email and password. show them every moment of their life and how much you love them :))
its because 

Monday, June 2, 2014

Last Memories

24 May 2014
Dinner 
with
Bachelor of Electronic Engineering (Computer Engineering) with honor 
at
King Hotel Melaka

:))

Thanks to my mom sebab sponsor dari atas sampai bawah :P

jum. aku belanja gambar


















Thursday, May 8, 2014

EMPAT TAHUN

Waktu itu berjalan tanpa henti, mungkin juga berlari meninggalkan kita dengan sangat laju. Persoalannya bagaimana kita menghabiskan waktu-waktu itu. adakah selama ini kita menghabiskan masa berusaha untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya.


Dalam hidup ni ada turun naik nya. kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita berada di bawah. Kalau kita di atas, kita bantu ynag di bawah. kalau kita di bawah, teruskan usaha. Allah sentiasa ada untuk tolong kita

EMPAT TAHUN
rasa macam sekejap je. pejam celik, aku sekarang adalah pelajar tahun akhir di UTeM dalam IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KEJURUTERAAN KOMPUTER) DENGAN KEPUJIAN.

Macam-macam yang aku pelajari di sini. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar, seorang anak, seorang muslimah, seorang sahabat. belajar untuk menjadi kuat dan belajar bagaimana untuk bersabar Tersemat semua memori di dalam hati.tidak akan aku lupa semua itu. Di sini bermulanya perjalanan aku sebagai seorang insan yang mana jahil dulu nya berusaha memperbaiki diri dari pelbagai sudut. ye. aku tak sempurna.


Kepada kawan-kawan, aku memohon maaf jika aku ada buat salah silap. ye. aku tahu aku banyak buat silap sebab aku ni banyak sangat bercakap. :P
Terima kasih atas pertolongan anda semua selama empat tahun perjalanan hidup aku di bumi Melaka ini.


JUM LAYAN GAMBAR